adjektif | /adjéktif/ kata yg menerangkan sifat sesuatu benda atau yg menerangkan kata nama (spt besar, tinggi, merah); kata sifat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adjektif | (adjéktif) kata sifat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adjektif | /adjéktif/ kata yg menerangkan sifat sesuatu benda atau yg menerangkan kata nama (spt besar, tinggi, merah dsb); kata sifat. | Kamus Pelajar |
kata sifat (adjektif) | kata yg menunjukkan sifat sesuatu benda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adverba | kata yg menjawab pertanyaan bagaimana, bila, di mana dan menerangkan kata kerja, adjektif dll (spt dgn baik, dgn cepat, dahulu, sering); kata keterangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kata sifat | (Lin) kata yg menunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adverb | kata yg menjawab pertanyaan bagaimana, bila, di mana dan menerangkan kata kerja, adjektif dll (spt dgn baik, dgn cepat, sangat, dahulu, di sana dsb); kata keterangan. | Kamus Pelajar |
golongan kata | kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
golongan kata | (Lin) kategori kata yg berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata kerja dan kata adjektif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golongan | himpunan beberapa benda atau orang yg telah digolongkan; kelompok; kumpulan. ~ kata kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |