aduk-adukan | campur aduk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aduk | mengaduk 1. mengacau, mengarau: tidak perlu ~ atau menggoncang tangki penyumbat setiap masa; ~ gulai; 2. = mengaduk-aduk membongkar-bongkar dgn tidak tentu: ~ buku; teraduk-aduk kacau (tidak rapi atau kemas), tidak berketentuan (bkn seperai dll); adukan barang yg (telah) diaduk, campuran (simen dll); aduk-adukan campur aduk; pengadukan perihal (proses atau perbuatan) mengaduk: pengacauan boleh dibuat secara ~ atau penggoncangan; pengaduk alat utk mengaduk: sampel dan campuran penyejuk diaduk selalu dgn ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aduk | ; mengaduk 1 mencampurkan dan mengacau supaya bergaul rata: ~ simen. 2 = mengaduk-aduk membongkar-bongkar sesuatu dgn tidak menentu: ~ buku. adukan barang yg diaduk (spt simen, pasir dan kapur). pengadukan perbuatan atau hal mengaduk. pengaduk alat utk mengaduk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aduk; | mengaduk 1. mencampurkan dan mengacau supaya bergaul rata: ~ simen. 2. = mengaduk-aduk membongkar-bongkar tidak menentu. adukan barang yg diaduk (spt simen, pasir dan kapur dsb). | Kamus Pelajar |
baur I | campur; campur ~ campur aduk, kacau;berbaur 1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;membauri menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri: ia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan; penulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yg turut mengembangkan kebudayaan Melayu;membaurkan 1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan: jangan dibaurkan tepung beras dgn tepung gandum; 2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul): tidak baik ~ laki-laki dgn perempuan begitu rupa; 3. = memperbaurkan ki mengahwinkan: orang tuanya hendak ~ dia dgn sepupunya;terbaur sudah berbaur, tercampur, teraduk: yg pahit biasanya ubat, dan di dlm manis itulah biasanya ~ racun;bauran campuran, adukan;perbauran 1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan; pembauran pencampuran, pengadukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |