agung | 1 tertinggi: Allah yg Maha ~. 2 besar: tiang ~; layar ~. mengagungkan menganggap agung; memuliakan; meluhurkan: Sbg rakyat yg setia, kita mesti ~ bahasa Melayu. keagungan keadaan agung; kemuliaan; keluhuran: ~ kerajaan Melayu Melaka telah mencapai kemuncaknya pd zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
agung | 1. tertinggi: Allah yg Maha ~. 2. besar: tiang ~; layar ~. mengagungkan menganggap agung; memuliakan; meluhurkan: Sbg rakyat yg setia, kita mesti ~ bahasa Malaysia kita. keagungan keadaan agung; kemuliaan; keluhuran: ~ kerajaan Melayu Melaka telah mencapai kemuncaknya pd zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. | Kamus Pelajar |
agung II | teragung, teragung-agung terhantuk (kepala, buah-buahan); ragung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Seniman Agung | seniman yg paling tinggi kedudukannya: S~ Agung P. Ramlee; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Azzawajalla | Yang Maha Agung (Allah): Allah ~ Allah Yang Maha Agung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Azzawajalla | Ar Yang Maha Agung (Allah); Tuhan ~ Allah Yang Maha Agung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mahkamah | tempat membicarakan sesuatu yg ada hubungannya dgn undang-undang. ~ Agung mahkamah yg paling tinggi yg menentukan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi, menyelesaikan soal-soal perlembagaan yg dirujuk oleh Mahkamah Tinggi dll. ~ Atasan mahkamah yg terdiri drpd Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi. ~ Juvana mahkamah yg membicarakan pesalah yg berumur antara 10 hingga 18 tahun dan kesalahannya bukan yg boleh dihukum mati atau dipenjarakan seumur hidup. ~ Majistret mahkamah yg diadili oleh majistret yg boleh menjatuhkan hukuman denda atau penjara. ~ Penghulu mahkamah paling rendah yg boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25.00. ~ Rendah mahkamah yg terdiri drpd mahkamah Penghulu, mahkamah Juvana, mahkamah Majistret dan mahkamah Sesyen. ~ Sesyen mahkamah rendah yg tarafnya antara Mahkamah Majistret dgn Mahkamah Tinggi, dan diketuai oleh seorang presiden. ~ Syariah mahkamah yg membicarakan hal-hal yg bersangkutan dgn undang-undang Islam. ~ Tinggi mahkamah yg menentukan rayuan sesuatu keputusan Mahkamah Rendah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
agung I | 1. (paling) besar, terutama: balai ~; layar ~; tiang ~; 2. yg tertinggi: pemerintah ~; 3. teristimewa, terkemuka, terutama: Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yg ~; Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia; tamu ~; 4. yg terbuka kpd dan utk dihadiri oleh semua ahli (bkn mesyuarat, persidangan, dsb): persidangan ~ UMNO; mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP; mengagungkan menjadikan (menganggap dsb) agung, membesarkan, memuliakan, meninggikan: al-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu; mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan; keagungan kebesaran, kemuliaan, ketinggian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; keagungan kebesaran, kemuliaan, ketinggian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; pengagungan perbuatan dsb mengagungkan: antara yg menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujukan dlm bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panglima agung (besar) | ketua askar tertinggi yg memimpin sesuatu angkatan tentera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mesyuarat agung | rundingan besar (oleh sesuatu persatuan, badan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |