ahmak | Ar bodoh, dungu: orang yg ~; fikiran yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
budi pekerti | perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
budi | 1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |