pundi (air) kencing | kantung kecil yg mengandungi air kencing (terletak di hadapan rongga punggung), kandung kencing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kencing I | 1. = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan, air seni; 2. = berkencing buang air kecil, berkemih; jamban ~ bilik air (tempat membuang air kecil); ~ darah sj penyakit yg menyebabkan keluar darah dr kemaluan; ~ manis sj penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; ~ nanah sj penyakit jantina yg menyebabkan keluar nanah dr kemaluan; air ~ lembu nira nyiur yg dimasak pd masa membuat gula Melaka; guru ~ berdiri anak murid ~ berlari prb murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya); mengencingi 1. mengenakan air kencing pd; 2. bk meniduri; terkencing kencing dgn tidak sengaja, kencing dgn tidak dapat ditahan lagi; pengencingan = pekencingan 1. pundi-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kemaluan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
najis | 1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg membahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup kesalahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, mencemarkan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, kecemaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pundi I | 1. kantung kecil (tempat wang dll), dompet kecil; 2. ki perbendaharaan; ~ hempedu kantung pd hati tempat tersimpannya hempedu; ~ (air) kencing kantung kecil yg mengandungi air kencing (terletak di hadapan rongga punggung), kandung kencing; ~ udara kantung udara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air kencing lembu | nira nyiur yg dimasak pd masa membuat gula Melaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urin | ist air kencing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
urin | (Ubat) air kencing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ompol | Jk air kencing pd masa tidur; mengompol terkencing pd masa tidur; ngompol. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
najis kecil | air kencing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oliguria | (Ubat) kurangnya air kencing yg keluar, biasanya disebabkan oleh gangguan buah pinggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |