akad nikah | perjanjian perkahwinan (dilakukan oleh wali pengantin perempuan atau wakilnya dan pengantin lelaki atau wakilnya). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akad | persetujuan yg dicapai dlm sesuatu hal; perjanjian: ~ nikah perjanjian perkahwinan (dilakukan oleh wali pengantin perempuan atau wakilnya dan pengantin lelaki atau wakilnya). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akad nikah | perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akad nikah | perjanjian dlm perkahwinan; mengakadnikahkan mengijabkabulkan, menikahkan: puteri itu telah diakadnikahkan baginda dgn anakanda baginda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akad jual beli | perjanjian jual beli | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akad | Ar janji, perjanjian; ~ jual beli perjanjian jual beli; berakad mengikat perjanjian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akad | persetujuan yg dicapai dlm sesuatu hal; perjanjian: ~ nikah perjanjian perkahwinan (dilakukan oleh wali pengantin perempuan atau wakilnya dan pengantin lelaki atau wakilnya). | Kamus Pelajar |
nikah | akad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; ~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~ gantung perkahwinan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~ zahir perkahwinan Orang Laut menurut agama Islam; ~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri; menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah; pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjual akad | menjual dgn perjanjian | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanggung badan | Sr mas kahwin yg belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti diselesaikan ketika bercerai); | Kamus Dewan Edisi Keempat |