akad nikah | perjanjian perkahwinan (dilakukan oleh wali pengantin perempuan atau wakilnya dan pengantin lelaki atau wakilnya). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akad nikah | perjanjian dlm perkahwinan; mengakadnikahkan mengijabkabulkan, menikahkan: puteri itu telah diakadnikahkan baginda dgn anakanda baginda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanggung badan | Sr mas kahwin yg belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti diselesaikan ketika bercerai); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersatu | 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah melangsungkan akad nikah tetapi belum ~ lagi. | Kamus Pelajar |
satu | 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah melangsungkan akad nikah tetapi belum ~ lagi. | Kamus Pelajar |
akad nikah | perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mas kahwin | pemberian wajib yg berupa wang (al-Quran dsb) oleh pengantin lelaki kpd pengantin perempuan semasa upacara akad nikah, mahar; bermaskahwinkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg mas kahwin: ada pula yg hanya ~ Surah al-Ikhlas dan ada juga membayar mas kahwin sebanyak 100 dinar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggung I | 1. = ditanggung dijamin (kebaikannya dll), sudah tentu: pekerjaannya ~ baik; 2. bp = menanggung; ~ badan Sr mas kahwin yg belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti diselesaikan ketika bercerai); menanggung 1. membawa di atas bahu (barang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. mengalami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, menaruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rahsia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, membiayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mempunyai: kita ~ hutang sampai anak dah beranak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, menjamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan memenuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; ~ budi menaruh budi; ~ dendam menyimpan dendam; ~ kasih berasa wajib membalas kasih (orang); ~ malu merasai malu; ~ ragam Mn mengalami bermacam-macam percubaan; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ rindu menaruh rindu; tanggung-menanggung 1. saling menanggung (menjamin dll); 2. semua urusan menanggung; menanggungkan, mempertanggungkan 1. memikulkan sesuatu beban (tanggungjawab dll) kpd, membebankan kpd: kerja-kerja yg ditanggungkan kpd baginda itu tersangat berat; 2. menyerahkan barang dll sbg cagaran (jaminan), mencagarkan, menggadaikan: dia terpaksa ~ hartanya utk membayar hutang; tertanggung dapat ditanggung, terderita, terjamin, terpikul; tidak ~ a) tidak terderita; b) tidak dijamin dll; tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagaran: apa ~mu utk berhutang itu? 4. penderitaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkahnya, dll): cukai ini berbeza dr seorang keseorang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti dipertanggungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri; ~ jiwa (kebakaran) Id insurans; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang; ketanggungan sl apa yg ditanggung, tanggungjawab, tanggungan: jikalau kita kalah, bukanlah jadi ~ kpd kita semuanya;berketanggungan bertanggungjawab, berkewajiban: marilah kita menuntut kpd pihak-pihak yg ~ dlm agama Islam;pertanggungan 1. tanggungan, tanggungjawab; 2. jaminan; 3. insurans; penanggungan 1. apa yg ditanggung, penderitaan, kesengsaraan: dia sangat mengambil berat terhadap kehidupan rakyat jelata dan ~ mereka; 2. perihal menanggung: bagaimanakah ~ hati seorang perempuan yg hidup sebatang kara; penanggung 1. orang yg menanggung (menjamin), penjamin; 2. orang yg memegang polisi insurans; 3. orang yg menderita, penderita; 4. (Eko) organisasi atau orang yg dilantik utk menguruskan pembubaran sesebuah syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegawatan | keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersatu | 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati bermuafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah melangsungkan akad nikah tetapi belum ~ lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |