Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan kan

Peribahasa

Tak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hendak1. = ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yg sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu; hutan ini sudah banyak ditebang kerana hendakkan kayu­nya; 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang; 3. untuk: wang ~ membuat belanja sesen pun tiada; tak ~ tidak dgn sungguh-sungguh (mengerja­kan sesuatu); ~lah mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat; ~nya sebaiknya, seharus­nya, semoga, sepatutnya, seyogianya: semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah; ~pun kalau­pun: ~pun dikatakan cantik tidak juga; menghendaki hendak (mahu) akan, meng­in­gini, memerlukan: saya tidak ~ istana utk tempat hidup; kehendak = ~ hati hajat, keinginan, ke­mahu­an yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; sekehendak spt atau sebagaimana kehendak hati, nafsu, dll: jika diikutkan ~ nafsu, tidaklah baik kesudahannya; ~ hati sesuka hati; berkehendak berharap akan, bermaksud hen­dak, berkeinginan: ia ~ supaya kita jadi korbannya; berkehendakkan berkehendak akan, me­mer­lukan: perkara itu ~ penerangan yg lebih lanjut; mengehendaki menghendaki, memerlukan, mengingini: ia ~ semua orang menghor­matinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkenang; ~ akan = ~ kpd = terkenang­kan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal;Kamus Dewan Edisi Keempat
menumangkan1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan akan hal yg seke­cil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: per­kara biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan: jangan hamba seorang ditumangkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tumang II; menumang, menumangkan 1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; tidak ~ lawan tidak memilih lawan, sangat berani; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan akan hal yg seke­cil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: per­kara biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan: jangan hamba seorang ditumangkan; tumang-menumang, tumang-menumang­kan 1. tinggal-meninggalkan, biar-membiar-kan: sama lebur sama binasa, di manakan tumang-menumangkan; 2. saling berbantah (tidak muafakat), bertelagah: maka barang sesuatu bicara dan pekerjaan, hendaklah muafakat, jangan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sayangkansuka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
takut1 tidak berani menghadapi sesuatu yg pd perasaannya akan membahaya­kan diri dll: Kanak-kanak ~ akan hantu. 2 berasa bimbang atau ragu-ragu; gelisah; khuatir: Saya ~ kalau-kalau saya gagal dlm peperiksaan. 3 berasa segan dan hormat; takwa: ~lah kamu akan Allah. takut-takut agak takut; sentiasa takut: ~ berani agak takut dan agak berani. menakuti menaruh rasa hormat ter­hadap; berasa takut akan; menyegani: Orang ramai ~ beliau di kampung ini. menakutkan 1 menyebabkan berasa takut; menggerunkan: Kemalangan itu sungguh dahsyat dan ~. 2 menjadikan orang takut akan (kpd); menimbulkan atau menerbitkan rasa takut kpd: Kamu terlalu suka ~ dia dgn yg bukan-bukan. Hukuman itu telah ~ orang lain drpd melakukan kesalahan yg spt itu. ketakutan 1 keadaan takut: Semua rakyat di negeri itu hidup dlm ~. 2 perasa­an takut (gelisah, hormat, segan dsb); kegelisahan; kebimbangan; keseganan. 3 menderita takut; dlm keadaan takut: Anak itu ~ setelah menonton filem yg mengerikan. penakut orang yg mudah berasa takut; pengecut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menumang1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; tidak ~ lawan tidak memilih lawan, sangat berani; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan akan hal yg seke­cil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: per­kara biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan: jangan hamba seorang ditumangkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
haus I1. berasa kering tekak (ingin minum), dahaga: ia meminta air sebab tersangat ~; 2. = ~ akan (kpd) sangat ingin akan (kpd): saya ~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan kemesraan ibu bapa­nya; ~ dahaga a) terlalu dahaga; b) terlalu ingin akan; orang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi prb mendapat apa yg diingini; menghauskan 1. menyebabkan (menjadi­kan) haus; 2. sangat menginginkan, sangat berkehendakkan: kami sedang ~ penerangan dan pimpinan drpd pemimpin-pemimpin kami; kehausan 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kan­dangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menimbang1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehen­daki pembelinya; 2. memikirkan (merenung­kan) dgn teliti akan baik buruk sesuatu: jangan­lah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili) perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengen­dah­kan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil dgn tegas;Kamus Dewan Edisi Keempat
mempersandingkanmen­­dudukkan bersanding (pengantin dll), meletak-kan bersebelah-sebelahan: nanti akan datang waktunya kamu akan diper­sandingkan pula;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas