etika | (étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekolah pembaik | akhlak sekolah tempat membaiki akhlak kanak-kanak dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhlak | 1 kelakuan atau tingkah laku yg baik; budi pekerti; moral. 2 kelakuan; tabiat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akhlak | 1. kelakuan atau tingkah laku yg baik; budi pekerti; moral. 2. kelakuan; tabiat. | Kamus Pelajar |
tidak bermoral | tidak berakhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), bertentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhlak | Ar (jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat: anak itu sudah rosak ~nya; ilmu ~ pengetahuan bkn kelakuan (tingkah laku) manusia; pegawai ~ pegawai yg mengawasi anak-anak yg telah melakukan kejahatan tetapi tidak dipenjarakan; berakhlak mempunyai akhlak: kehidupan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermoral | mempunyai moral, berakhlak: pengarang menggambarkan Aminah sbg perempuan yg ~ rendah; tidak ~ tidak berakhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), bertentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
moral | 1. ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban, dll), sikap atau cara berkelakuan yg berasaskan atau yg diukur dr segi baik buruk sesuatu akhlak: kadang-kadang, dongeng itu memang perlu sbg saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak atau ~ yg baik; Datuk Penghulu ini sangat fanatik dlm perkara menjaga ~; 2. berkaitan dgn apa yg betul atau adil; bantuan ~ bantuan dgn katakata yg mengakui kebenaran atau yg menyokong seseorang atau sesuatu pihak (bukan berupa kebendaan); kemenangan ~ kemenangan mempertahankan sesuatu yg benar; 3. semangat utk menghadapi ejekan (olokan) demi mempertahankan kebenaran; bermoral mempunyai moral, berakhlak: pengarang menggambarkan Aminah sbg perempuan yg ~ rendah; tidak ~ tidak berakhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), bertentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
krisis akhlak (moral) | kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yg sudah mencapai peringkat yg membimbangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegawai akhlak | pegawai yg mengawasi anak-anak yg telah melakukan kejahatan tetapi tidak dipenjarakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |