alaf | Ar 1. seribu, alfu; 2. masa yg lamanya 1000 tahun, seribu tahun, milenium; ~ baru tempoh masa selepas alaf terdahulu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pepijat alaf | gangguan atau masalah terhadap perisian atau sistem komputer yg berlaku akibat perubahan pd tarikh apabila bermulanya abad ke-21 (1 Januari 2000) dan selepasnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pepijat alaf | gangguan terhadap perisian atau sistem komputer yg dijangka berlaku akibat perubahan tarikh apabila bermulanya abad ke-21 sehingga boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
milenium | /milénium/ tempoh masa seribu tahun, alaf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
milenium | (milénium) tempoh masa seribu tahun, alaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alfu | Ar seribu; ~ lailah wa lailah seribu satu malam; alaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Y2K | (Komp) gangguan pd sistem komputer disebabkan oleh kegagalan komputer mengenal pasti data menjelang tahun 2000 sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah kpd pengguna komputer, pepijat alaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pepijat II | (Komp) 1. kesilapan yg terdapat dlm perisian, sistem atau perkakasan komputer; 2. peranti elektronik yg tersorok di tempat tertentu utk menangkap perbualan orang secara rahsia, spt dlm pengintipan; ~ alaf gangguan terhadap perisian atau sistem komputer yg dijangka berlaku akibat perubahan tarikh apabila bermulanya abad ke-21 sehingga boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pepijat II | ist 1 kesilapan yg terdapat dlm perisian, dlm sistem atau dlm perkakasan komputer. 2 peranti elektronik yg tersorok di tempat tertentu utk merakamkan perbualan orang secara rahsia, mis dlm pengintipan. ~ alaf gangguan atau masalah terhadap perisian atau sistem komputer yg berlaku akibat perubahan pd tarikh apabila bermulanya abad ke-21 (1 Januari 2000) dan selepasnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |