[a.lah] | اله
Definisi : kalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang; ~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh; ~ membeli menang memakai prb tidak apalah mahal sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak tahu, bersorak boleh prb dikatakan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma sahaja; beralah, mengalah tidak mahu mempertahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri; mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: suratan ~ segala-galanya; mengalahkan menaklukkan, menundukkan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan tak ~ badai; alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan; peralahan kemenangan, perampasan; pengalahan perihal (perbuatan) mengalahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.lah] | اله
Definisi : sensitif terhadap sesuatu jenis makanan (ubat dll) hingga boleh menimbulkan kesan yg tidak baik pd kesihatan seseorang: ~ terhadap penisilin; alahan perihal alah, keadaan alah, alergi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.lah] | اله
Definisi : ; mengalah membendung (sungai utk mengambil ikan), menebat, mengempang; alahan 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2. bendungan, empangan, tebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.lah] | اله
Definisi : tidak menang dlm pertandingan, perjudian dsb; kalah; tewas. beralah (suka) mengaku kalah. mengalah 1 berpura-pura alah; dgn sengaja alah: Selama ini, abangnyalah yg selalu ~. 2 tidak mahu mempertahankan haknya, pendiriannya dsb: Dia tidak mahu ~ dlm perdebatan itu. mengalahkan 1 melawan sehingga lawannya alah; menewaskan; menundukkan: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ pasukan bola sepak Thailand 1-0. 2 melebihi yg lain (ttg mutu sesuatu, kepandaian dll); mengatasi: Kepintarannya ~ kepintaran abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[a.lah] | اله
Definisi : sangat sensitif atau tidak tahan terhadap sesuatu bahan (spt ubat, makanan) yg dpt memudaratkan diri tetapi bahan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kpd orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)