Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjuk­kan: burung berkicau ~ hari nak siang; ~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah); alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama; beralamat 1. mempunyai alamat, memberi­kan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap per­buatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem; mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat; mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1 butir-butir keterangan spt nama tempat, nama jalan, nombor rumah, poskod utk menunjukkan tempat tinggal seseorang: Dia sudah berpindah tetapi saya tidak tahu akan ~ barunya. 2 sesuatu yg menjadi tanda akan berlakunya sesuatu; tanda: Hari mendung ~ akan hujan. beralamat ada alamatnya: Surat ini belum ~. mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat. mengalamatkan 1 mengirim sesuatu menurut alamat; menujukan: Dia telah ~ surat itu kpd adiknya di kampung. 2 memberi tanda; menunjukkan: Fajar sidik ~ bahawa waktu subuh sudah masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alamat

Puisi
 

Sayang Encik Ahmad menikam Rahmat,
     Kembang melur kuntum melati;
Minta alamat syukur selamat,
     Di dalam telur lagi nanti.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jika terjamah benda bertuan,
     alamat nyawa akan melayang.

Bermaksud :

Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pembanding alamat(address comparator)Peranti yang mengesahkan alamat yang dibaca adalah sama dengan alamat rujukan dengan membandingkan kedua-dua alamat. Alamat rujukan ini terdapat dalam penumpuk atau daftar khas. Pemproses dengan itu boleh mengimbas ruang ingatan sehingga kedudukan yang ingin dicapai ditemui.Kamus Komputer
berpumpun abuada alamatalamat (tanda-tanda) kesalahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpumpunberhimpun, ber­kampung, berkumpul; ~ abu ada alamatalamat (tanda-tanda) kesalahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pumpun IMn; berpumpun berhimpun, ber­kampung, berkumpul; ~ abu ada alamatalamat (tanda-tanda) kesalahan; memumpun menghimpunkan, menampung­kan, mengumpulkan; terpumpun terhimpun, terkampung, terkum­pul, terpusat; pumpunan 1. tempat berkumpul, tempat utk dikumpulkan; 2. himpunan, kumpulan, perkumpulan; pusat jala ~ ikan prb (menjadi) tempat berkumpul (menjadi pusat bermacam-­macam hal atau urusan), pusat pentadbiran, pusat pemerintahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
alamat berkesan(effective address)1. Alamat yang diperoleh daripada gabungan kandungan daftar indeks atau alamat suruhan mesin. 2. Alamat yang diubah suai oleh pemproses untuk memudahkan pencapaian ingatan. 3. Alamat sebenar yang digunakan untuk melaksanakan suruhan. Alamat ini mungkin tidak sama dengan alamat suruhan yang tersimpan dalam ingatan.Kamus Komputer
alamat asas(base address)Alamat yang digabungkan dengan alamat relatif untuk membentuk alamat mutlak bagi kedudukan ingatan yang hendak dicapai.Kamus Komputer
penterjemahan alamat(address translation)Penukaran alamat bersimbol atau alamat nisbi suruhan atau data kepada bentuk alamat mutlak. Proses ini dilakukan sama ada dengan menggunakan atur cara penterjemah bahasa mesin atau secara manual.Kamus Komputer
alamat apung(floating address)Alamat yang menggunakan pemboleh ubah untuk memudahkan penukarannya kepada alamat mutlak semasa penghimpunan. Alamat ini diberikan nilai tertentu supaya mudah ditukarkan apabila berlaku sebarang perubahan.Kamus Komputer
alamat mikropemproses(microprocessor address)1. Alamat yang ditetapkan bagi sesebuah mikropemproses dalam rangkaian. 2. Alamat yang boleh dicapai oleh mikropemproses. Biasanya alamat ini dihitung daripada terbitan jumlah talian alamat yang dimiliki mikropemproses.Kamus Komputer
daftar alamat(address register)Peranti daftar dalam unit pemproses utama yang berfungsi memegang alamat ingatan atau alamat liang input-output yang ingin dicapai.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas