Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lias] | الياس

Definisi : 1. disebut juga, sama dgn (digunakan pd nama seseorang yg mempunyai lebih drpd satu nama): Kasim ~ Hasyim bin Samad; 2. (Komp) nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dlm sistem komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lias] | الياس

Definisi : ist nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dlm sistem komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alias


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
aliasist nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dlm sistem komputer.Kamus Pelajar Edisi Kedua
alias1. disebut juga, sama dgn (digunakan pd nama seseorang yg mempunyai lebih drpd satu nama): Kasim ~ Hasyim bin Samad; 2. (Komp) nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dlm sistem komputer.Kamus Dewan Edisi Keempat
alias1. Nama ganti atau tambahan bagi unsur dalam sistem komputer. 2. Titik masuk ganti dalam atur cara, iaitu tempat kerja boleh bermula.Kamus Komputer
kelaki-lakian1. sifat laki-laki, tingkah laku (gerak-geri) laki-laki: Alias memiliki sifat­sifat ~ yg tulen, jujur, ikhlas, berhemah tinggi serta berupa kacak; 2. ki keberanian, ketang­kasan, kegagahan: apabila seorang anak muda kaum itu hendak kahwin, ia harus menunjuk­kan ~nya dgn membawa kepala orang ke kampungnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
keliaranperihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-­anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengikutsertakanmenyertakan atau melibatkan bersama (dlm sesuatu kegiatan dsb), membuat supaya (seseorang, sesuatu, dll) turut terlibat dsb: pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, mungkin dgn pertimbangan yg sama, telah ~ T. Alias Taib bersama-sama penulis Malaysia yg lain utk diperkenalkan di dlm ‘Wajah’;Kamus Dewan Edisi Keempat
laki-laki1. jantan (lebih halus), lwn perem­puan: ia gadis yg tidak mempunyai sebarang teman ~; 2. ki berani, keberanian, pemberani: hatinya memang ~, patah sayap bertongkat­kan paruh, namun kehendak diteruskan juga; kelaki-lakian 1. sifat laki-laki, tingkah laku (gerak-geri) laki-laki: Alias memiliki sifat­sifat ~ yg tulen, jujur, ikhlas, berhemah tinggi serta berupa kacak; 2. ki keberanian, ketang­kasan, kegagahan: apabila seorang anak muda kaum itu hendak kahwin, ia harus menunjuk­kan ~nya dgn membawa kepala orang ke kampungnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikut sertaturut bersama-sama dgn orang atau pihak lain melibatkan diri dlm sesuatu (kegiatan, seminar dll): ramai orang yg menun-jukkan minat utk ~ dlm perbincangan itu; mengikutsertakan menyertakan atau melibatkan bersama (dlm sesuatu kegiatan dsb), membuat supaya (seseorang, sesuatu, dll) turut terlibat dsb: pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, mungkin dgn pertimbangan yg sama, telah ~ T. Alias Taib bersama-sama penulis Malaysia yg lain utk diperkenalkan di dlm ‘Wajah’; pengikutsertaan perihal (perbuatan atau tindakan) ikut serta atau mengikutsertakan: ~ staf dlm seminar, bengkel, dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
segar I1. nyaman dan sihat (badan), tidak berpenyakit, cergas: perjalanan darah men-jadi bertambah kencang dan seluruh ang-gota akan ~; 2. menimbulkan rasa nyaman (enak, tenteram): angin yg berhembus sepoi-sepoi dr balik bukit itu ~ nyaman; 3. tumbuh dgn suburnya (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak layu: tumbuh-tumbuhan hidup ~ di taman ini; 4. rancak, cergas, hidup: gaya peng-ucapan yg ~; ia juga mengharapkan novel Alias Ali yg akan datang akan lebih ~ drpd novel ‘Gersang’ ini; 5. masih baru (sesuatu barang, berlakunya sesuatu peristiwa dll), terlekat pd ingatan: segala apa yg terjadi antara dia dan teman-temannya masih ~ dlm ingatannya; tenaga-tenaga baru yg masih ~; ~-bugar = ~-pugar a) sihat (cergas, subur, pantas) benar: menangis ibunya melihat keadaan puteranya yg dahulunya ~-bugar, kini hanya sbg rangka; b) masih baru benar (sesuatu benda, peristiwa, dll); menyegar menjadi segar (kulit dsb): kulit boleh melembut dan ~ dgn menggunakan krim muka ini; menyegarkan menjadikan segar (sihat), menyebabkan jadi segar: bersenam dan bermain itu ~ otak; angin malam berhembus ~; kesegaran perihal atau keadaan segar (sihat, cergas, dll), kecergasan: ~ badannya dijaga sungguh-sungguh; penyegaran proses menyegarkan sesuatu; penyegar sesuatu yg menyegarkan (menye-babkan menjadi segar).Kamus Dewan Edisi Keempat
liar1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah (pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia meman­dang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalih­alih pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu; orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan; pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah ~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut syarat­-syarat yg ditentukan oleh kerajaan); berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh­-tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan; meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperi­badiannya sendiri; keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-­anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda; berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas