alu-alu | sj ikan laut tropika yg agak besar dan bergigi tajam yg dianggap berbahaya kpd manusia, tenuk, Sphyraena barracuda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barakuda | (ikan) alu-alu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacang-kacang II | sj ikan laut, alu-alu, tenak, Sphyraena spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercelapak | (jatuh, duduk) terkangkang: jatuhlah ia ~ pd belakang ikan alu-alu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celapak I | ; mencelapaki mengangkangi: lembu itu ~ dan menanduk dia; mencelapakkan mengangkangkan: dia ~ anak kecil itu di pinggangnya; tercelapak (jatuh, duduk) terkangkang: jatuhlah ia ~ pd belakang ikan alu-alu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jemput II | ; berjemput disambut, dialu-alu, disongsong: datang tak ~; menjemput 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn mengambil seseorang utk dijadikan menantu: jemputan 1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2. ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan menantu; perjemputan perihal menjemput. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alu II | ; mengalu-alukan menyambut ketibaan seseorang: Kami telah pergi ke lapangan terbang utk ~ sahabat kami itu. aluan (yg) digunakan utk mengalu-alukan: kata-kata ~. alu-aluan berkaitan dgn sesuatu utk mengalu-alukan: kata ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumbuk I | 1. = penumbuk alat utk memukul sesuatu supaya hancur atau lumat (alu, anak gobek, dll); 2. sesuatu yg dikuliti dll dgn antan atau alu: beras ~; kacang ~; ~ bedil satu cara meninju (dlm pencak); ~ kasau papan yg dipasang selari dgn kasau jantan (utk menutup bahagian tepi tebar layar); ~ lada sj senjata tajam Melayu (spt pisau atau badik); ~ rusuk (perbuatan) rasuah; ~ tanak segala pekerjaan rumah tangga; setumbuk ki sepadan, sesuai benar; orang ~ bagai gelang ki orang yg sama padan (suami isteri dll); bertumbuk 1. saling meninju (antara dua orang yg berkelahi dll), bergocoh, bertinju: mereka berpandangan spt ingin ~; 2. yg ditumbuk (tidak digiling atau dikisar): raja China tiada makan beras ~ sampai sekarang; 3. berlanggar atau berlaga (dgn), bertubrukan (dgn): hampir ~ hidungnya dgn Leman; 4. terlanggar atau terbentur (pd): lututnya ~ dgn kaki meja; 5. bertemu (dgn), terjumpa (dgn): suatu hari nanti dia akan ~ dgn beberapa kesulitan yg akan menyusahkan dirinya; 6. bertembung (dgn), bertaut (dgn), bersambung (dgn): tiba-tiba ~lah pandangannya dgn pandangan Tuan Direktor yg telah berdiri di pintu; 7. berbetulan dgn (waktunya), bertepatan dgn, bersamaan dgn; menumbuk 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; ~ dlm lesung, bertanam di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya; bagai ~ padi hampa prb hal seseorang yg terbilang kekayaannya tetapi yg sebenarnya dia miskin; menumbuk-numbuk menumbuk beberapa kali atau berulang kali: dia pun meratap serta ~ dan menampar-nampar dadanya; menumbukkan 1. menumbuk sesuatu utk, menyuruh tumbuk pd: ia ~ ibu sirih; 2. melanggarkan sesuatu pd, melandakan, membenturkan, menubrukkan; 3. memukulkan buku tangan pd, menggocohkan, meninjukan, 4. menikamkan atau menusukkan pd: jika tiada lembing ini ditumbukkan di dada bukannya hamba anak laki-laki; tertumbuk 1. terlanggar (terbentur, tertubruk); 2. sudah ditumbuk (dikupas, dilumatkan, dll); 3. terpukul (dgn buku tangan), ter-tinju; 4. telah sampai ke hadnya, sampai (pd), terbentur, tersuntuk; ~ akal (fikiran) sudah suntuk akal (tidak tahu apa yg harus dibuat dll); 5. boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dgn, pd); 6. tertumpu pd (pandangan dll): pandangannya ~ pd serumpun pohon mawar yg tumbuh di sela-sela rumput; ~ bermuka-muka bertemu muka, bersemuka; ~ biduk dikelokkan, ~ kata difikiri prb kalau tersilap mengerjakan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat diteruskan hendaklah dicari jalan lain; tumbukan 1. sesuatu yg ditumbuk; 2. perihal menumbuk, pelanggaran, tubrukan; 3. perbuatan memukul dgn buku tangan: dgn meng-gunakan kecergasan dan ~ tangan kirinya yg berbahaya ia telah mengalahkan Zora Folley; bertumbukan ki bertentangan dgn, berlawanan: mereka menceburkan diri ke dlm pergerakan politik, ~ dgn ‘Secret Service’ penjajahan dunia; penumbukan perihal menumbuk, perbuatan menumbuk; penumbuk 1. orang yg menumbuk (padi dll); 2. alat utk menumbuk (padi dll): lesung ~ padi; 3. kepalan tangan (utk menumbuk orang dll), buku tangan: dia meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya mengepal ~; Muhammad Ali tetap menyukarkan lawannya utk melepaskan sesuatu ~ kepadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melocok | 1. mengeluarmasukkan barang yg panjang ke dlm lubang (omboh pam dll); 2. mengangkat dan menekan alu dll ke dlmlesung dll (utk menumbuk); pelocok alu dll utk melocok, piston pam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
locok | 1. mengeluarmasukkan barang yg panjang ke dlm lubang (omboh pam dll); 2. mengangkat dan menekan alu dll ke dlmlesung dll (utk menumbuk); pelocok alu dll utk melocok, piston pam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |