amal jariah | perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan masyarakat (spt berderma). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
amal ibadat | perbuatan utk berbakti kpd Allah (spt bersembahyang, berpuasa). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
amal jariah | amalan baik yg memberi manfaat kpd pelakunya hingga ke akhirat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amal jariah | perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amal ibadat | perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasar amal (derma, ria) | pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk mengutip derma; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beramal | 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amal | 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan; mengamalkan 1. melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tempatan; amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2. kesungguhan hati mengerjakan sesuatu; 3. pelaksanaan; pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amal | 1 apa-apa yg dilakukan; perbuatan; pekerjaan; kerja: Tidak ada ~nya yg melayakkan dia dipuji. 2 perbuatan yg baik; sesuatu yg dilakukan utk maksud berbuat kebajikan: Kita hendaklah berbuat ~ kpd makhluk yg lemah. ~ ibadat perbuatan utk berbakti kpd Allah (spt bersembahyang, berpuasa). ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan masyarakat (spt berderma). beramal 1 melakukan sesuatu utk kebaikan (spt berderma, memberikan bantuan). 2 melakukan sesuatu supaya menjadi kebiasaan atau supaya mahir. 3 = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat. mengamalkan membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. amalan 1 perbuatan yg baik-baik. 2 perbuatan yg biasa dilakukan; kebiasaan. pengamalan perihal atau perbuatan mengamalkan. pengamal orang yg mengamalkan sesuatu (ilmu, fahaman dsb); orang yg bergiat dlm sesuatu bidang pekerjaan (profesion): ~ undang-undang; ~ perubatan tradisional. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
amal | 1. apa-apa yg dilakukan; perbuatan; pekerjaan; kerja: Tidak ada ~nya yg melayakkan dia dipuji. 2. perbuatan yg baik; sesuatu yg dilakukan utk maksud berbuat kebajikan: Kita hendaklah berbuat ~ kpd makhluk yg lemah. ~ ibadat perbuatan utk berbakti kpd Allah (spt bersembahyang, berpuasa dll). ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan masyarakat (spt berderma dll). beramal 1. melakukan sesuatu utk kebaikan (spt berderma, memberikan bantuan dll). 2. melakukan sesuatu supaya menjadi kebiasaan atau supaya mahir. 3. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat. mengamalkan membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. amalan 1. perbuatan yg baik-baik. 2. perbuatan yg biasa dilakukan; kebiasaan. | Kamus Pelajar |