pengamanah | orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan, melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memegang amanah | menjalankan amanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memegang amanah | menunaikan sesuatu amanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
korupsi | amalan atau perbuatan yg salah atau tidak amanah (spt pecah amanah, menerima rasuah, dll): hukuman yg keras dikenakan sbg langkah menghapuskan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dana | 1. kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan: ~ utk membantu mangsa bencana alam; 2. sl pemberian, sedekah, derma; 3. sl dermawan, pemurah (hati); ~ amanah harta yg dikendalikan oleh pemegang amanah; ~ asing dana amanah yg keseluruhan pelaburannya terdiri drpd syer syarikat asing; ~ bersama dana yg dikendalikan oleh sesebuah syarikat pelaburan bagi pihak pemegang saham; ~ khas dana yg ditubuhkan utk tujuan tertentu, mis pelaburan dan bantuan; ~ pencen dana yg ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan utk membayar pencen kpd pekerjanya; ~ tunai simpanan atau pelaburan yg mudah ditukarkan kpd bentuk tunai; ~ tunai runcit dana yg kecil utk membuat pelbagai pembayaran tunai yg kecil (spt membeli surat khabar, tambang teksi, dll); mendanai memberikan atau menyediakan dana utk atau kpd: kerajaan pusat telah berhenti ~ projek yg melibatkan penggunaan tisu janin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amanah saham | skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemegang amanah | orang yg menjalankan amanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemegang | 1. alat utk memegang sesuatu: ~ kanta; 2. bahagian alat tempat dipegang (tangkai, gagang, dll), pegangan; 3. orang yg memegang atau mempunyai hak atas sesuatu: ~ saham; ~ amanah orang yg menjalankan amanah; ~ andil (saham) orang yg memegang saham, persero; ~ buku orang yg mengurus buku kira-kira; ~ polisi orang (badan, syarikat, institusi dsb) yg mempunyai polisi insurans; ~ rekod orang yg berjaya memperoleh pencapaian terbaik, tertinggi dsb dlm sukan atau kegiatan lain; ~ saham orang atau badan yg memiliki saham dlm sesebuah syarikat; ~ serah hak (Udg) orang yg dipindahkan harta atau hak kepadanya mengikut undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pecah amanah | perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dana amanah | harta yg dikendalikan oleh pemegang amanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |