amaun | banyaknya, jumlah: komoditi yg memerlukan ~ bahan yg berbeza utk pengeluarannya akan mempunyai berlainan nilai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vot | amaun wang yg diperuntukkan bagi sesuatu projek atau aktiviti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dosej | (doséj) 1. amaun dos ubat; 2. pemberian dos. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cek kosong | cek yg amaun atau penerimanya tidak dituliskan tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebat | (rébat) potongan drpd sejumlah bayaran yg kena dibayar atau pemulangan sebahagian drpd amaun yg telah dibuat sbg bayaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
premium | (prémium) 1. (Eko) sejumlah wang dibayar secara tetap kpd syarikat insurans bagi sesuatu polisi insurans; 2. bayaran tambahan yg dibuat bagi sesuatu; 3. (Eko) amaun nilai saham yg lebih tinggi drpd harga tawaran asal (nilai tara) apabila saham itu mula disenaraikan di Bursa Saham: syarikat itu mencatatkan ~ sebanyak 50 sen apabila dibuka pd harga RM2.00 berbanding dgn harga tawaran asalnya RM1.50 sesaham; 4. bermutu dan harganya lebih mahal sedikit (bkn sesuatu produk dsb): dia lebih suka menggunakan minyak petrol ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cek (cék) I | perintah bertulis kpd bank supaya membayar wang sebanyak yg dinyatakan; ~ berpalang cek yg mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek) dan hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun pihak yg dituliskan namanya pd cek yg berkenaan; ~ kembara cek yg dibeli drpd bank dan boleh ditukar di luar negara utk mendapatkan mata wang asing; ~ kosong cek yg amaun atau penerimanya tidak dituliskan tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya; ~ lambung = ~ tendang cek yg tidak dapat dijelaskan kerana pihak yg mengeluarkannya tidak mempunyai wang yg cukup dlm akaun berkenaan; ~ luar cek yg bank pembayarnya berada di luar kawasan penjelasan bank pelanggan yg menerbitkan cek berkenaan; ~ luput cek yg sudah lepas tarikh lakunya; ~ pembawa cek yg boleh ditunaikan oleh pembawanya; ~ tempatan cek yg bank pembayarnya berada di kawasan penjelasan yg sama dgn bank pelanggan yg menerbitkan cek itu; ~ terbuka = ~ tunai cek (tidak berpalang) yg boleh ditukarkan kpd wang tunai oleh sesiapa saja yg mengemukakannya kpd bank. | Kamus Dewan Edisi Keempat |