amboi | kata seru utk menyatakan rasa hairan, kasihan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
amboi | sr kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~, cantik sungguh awak hari ini! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amboi | kata seru utk menyatakan rasa hairan atau rasa kasihan. | Kamus Pelajar |
kerenyeh | (kerenyéh) Kd tersengih, kerisin: Amboi, senang hati dok ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sukan II | sj tumbuhan (herba), Coleus amboinicus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geram | 1. marah, panas hati, sakit hati: ia menjadi semakin ~ mendengar anaknya berani menjawab; 2. suka atau cinta (tetapi seakan-akan benci), gemas: amboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya; turut hati yg ~, hilang takut timbul berani prb kerana marah hilang takut; menggeram 1. menjadi geram; 2. menyukai atau mencintai (tetapi seakan-akan benci): ia menciumi budak itu di mana-mana sahaja yg digeramnya; 3. berbunyi menderum (harimau dll), menderam: orang kampung berasa takut apabila mendengar harimau ~ pd waktu malam; menggeramkan menyebabkan geram, membangkitkan geram; kegeraman 1. perihal geram; 2. berasa (menjadi) geram: kakaknya terjerit-jerit ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenyeh | 1. merengek: ah, engkau spt anak yg merenyeh-renyeh; 2. berkata-kata (berkelakuan dll) yg berlebih-lebihan (antara lelaki dan perempuan): meluat aku melihat lelaki perempuan merenyeh-renyeh di pasar minggu; Amboi, janda muda itu ~ sangat!; ® ronyeh I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyeh I | (rényéh); merenyeh 1. merengek: ah, engkau spt anak yg merenyeh-renyeh; 2. berkata-kata (berkelakuan dll) yg berlebih-lebihan (antara lelaki dan perempuan): meluat aku melihat lelaki perempuan merenyeh-renyeh di pasar minggu; Amboi, janda muda itu ~ sangat!; ® ronyeh I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intan | 1. batu permata yg sangat indah (utk permata cincin dll), berlian yg kurang baik asahannya; ~ air beras intan yg putih; ~ mentah batu intan yg belum dicanai; 2. ki orang yg dicintai, buah hati, kekasih, kesayangan: amboi, gunung payung, ~ gemala, urat rambut batu kepala emak; ~ payung ki buah hati, kesayangan; ~ berlian jangan dipijakkan prb untung bahagia jangan dielakkan; ~ itu jika terbenam dlm pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya = jikalau ~ itu biar keluar drpd mulut anjing sekalipun, bernama ~ juga prb perkataan yg baik itu, biarpun keluar drpd mulut orang yg hina, baik juga; dahulu ~, sekarang jadi batu belanda prb perihal orang berbangsa yg sudah tidak berharga lagi; berintan berhias intan: cincin ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |