ambon | ; pisang ~ sj pisang yg besar dan manis, pisang embun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pisang ambon | sj pisang yg besar dan manis, pisang embun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenso | (lénso) (Ambon, Menado) sapu tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arombai | sj perahu di Ambon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suku bangsa | golongan bangsa sbg sebahagian drpd satu bangsa yg lebih besar: ~ Jawa; ~ Ambon. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyusulkan | 1. menjadikan (membiarkan) menyusul, membawa pergi dll kemudian, membawa menyusul: kuminta kpd ayah supaya ayah ~ aku bekerja di kantor residen Ambon ini; 2. memperikutkan, memasukkan (dlm surat dll) supaya turut, melampirkan (surat dll), menambahkan (sbg keterangan, lanjutan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suku | 3 = ~ bangsa golongan bangsa sbg sebahagian drpd satu bangsa yg lebih besar: ~ Jawa; ~ Ambon. | Kamus Pelajar |
cambuk | 1. tali yg bertangkai utk menyebat, menggertak binatang, dsb, cemeti, sambuk; 2. ki penggalak, perangsang: penghinaan yg biasa didengarnya dr mulut orang di Ambon telah menjadi ~ baginya akan menyelidiki suku bangsanya yg asli itu sedalam-dalamnya; mencambuk 1. menyebat dgn cambuk; 2. ki mengerah agar menurut (bekerja dll); pencambukan perihal (perbuatan, tindakan dsb) mencambuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suku | 1 sebahagian drpd sesuatu yg telah dibahagi empat; seperempat; : ~ jam 15 minit; ~ tahun tiga bulan. 2 golongan orang yg seketurunan dr sebelah ibu (dlm adat perpatih): Tiap-tiap satu ~ diketuai oleh seorang lembaga. 3 = ~ bangsa golongan bangsa sbg sebahagian drpd satu bangsa yg lebih besar: ~ Jawa; ~ Ambon. 4 (sastera lama) kaki: ~ lembu kaki lembu. ~ batu seperempat batu (440 ela). ~ kata satuan bunyi yg menjadi unsur dlm sesuatu kata (spt ma dan kan pd perkataan makan atau ku dan ku pd perkataan kuku). ~-sakat golongan orang yg seketurunan; saudara-mara. bersuku 1 mempunyai suku; mempunyai bahagian. 2 masuk dlm sesuatu suku (bkn adat perpatih). bersuku-suku berkelompok-kelompok mengikut suku masing-masing. sukuan bahagian yg besarnya sesuku drpd satu bulatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susul | ; menyusul 1. mengikuti (mengejar) sesuatu yg terdahulu (utk menyaingi atau mendahuluinya): ia dapat diselamatkan kalau lekas disusul; 2. mengikut di belakang, mengekori: dia masuk ke dlm rumah disusul dr belakang oleh anaknya; 3. ikuti (datang) kemudian: biarlah aku pergi sendirian dahulu, nanti kau dapat ~; 4. mengekori, mengikuti jejak: ia mengambil teksi utk ~ dr belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya pergi; 5. mengikuti, melanjutkan, menyambung, menyertai: setelah selesai segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul pula dgn mengasah gigi; 6. (yg) akan datang, (yg) akan muncul: musim panas yg ~, batang itu tumbuh memanjang dan mengeluarkan daun; 7. menyelidiki atau mengusuli sesuatu (supaya dapat menjumpai sesuatu dll): kebudayaan orang Thai dapat disusul ke zaman permulaannya; 8. menyambung (surat yg terdahulu): kerana surat yg pertama tidak berbalas, lalu disusul pula dgn surat yg kedua; 9. keluar menyambut kedatangan orang, mengalu-alukan, menyongsong: dia berlari-lari anak turun tangga ~ ibunya yg sedang masuk ke halaman; menyusuli 1. menuruti sesuatu yg terdahulu, mengikuti, mengiringi: tidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yg disusuli dgn bacaan Fatihah; 2. mendatangi (mengikuti) kemudian, mengekori: kata ‘ku’ dan ‘kau’ tidak ditulis terpisah drpd kata dasar pasif yg ~nya; 3. memberi tambahan, menambahi; menyusulkan 1. menjadikan (membiarkan) menyusul, membawa pergi dll kemudian, membawa menyusul: kuminta kpd ayah supaya ayah ~ aku bekerja di kantor residen Ambon ini; 2. memperikutkan, memasukkan (dlm surat dll) supaya turut, melampirkan (surat dll), menambahkan (sbg keterangan, lanjutan, dll); susulan 1. sesuatu yg menyusul (datang kemudian dll): kemudian terdengar ~ siulan bom jatuh bertubi-tubi; 2. sesuatu yg disusulkan, lampiran, tambahan; 3. = angin ~ ark angin yg berlawanan dgn arah perahu dll, angin sakal; penyusulan perbuatan menyusul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |