amin-amin | sj tumbuhan (pokok), Sebastiana chamaelea; ~ buah sj tumbuhan (pokok), dukung(-dukung) anak, rami buah, turi hutan, Phyllanthus niruri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertadah tangan (amin) | ~ tangan (amin) mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tangan (sambil mengucap amin); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amin | Ar 1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa berdoa): doa itu diakhiri dgn mengucapkan ~; bertadah ~ bertadah tangan sambil mengucapkan amin; 2. orang yg dapat dipercayai dgn sesuatu amanah; mengamini, mengaminkan 1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dgn mengucapkan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amin | perkenankanlah hendaknya (selalu diucapkan ketika berdoa). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
amin | perkenankanlah hendaknya (selalu diucapkan ketika berdoa). | Kamus Pelajar |
bertadah amin | bertadah tangan sambil mengucapkan amin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertadah | 1. memakai tadah; 2. menggunakan alas (lapik), beralas; 3. = ~ tangan (amin) mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tangan (sambil mengucap amin); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menadahkan | 1. menggunakan sesuatu bekas utk menadah, menampungkan: Ramli ~ baldinya yg besar itu berhampiran dgn tempayan yg ada di situ; 2. mengangkat dan menelentangkan (kedua-dua belah tangan spt meminta-minta sesuatu): ~ tangan; 3. mengucapkan (amin ketika berdoa): ~ amin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
al-Amin | Ar gelaran yg diberikan kpd Nabi Muhammad SAW kerana sifatnya yg amanah serta boleh dipercayai: kerana sifatnya yg amat jujur, Nabi Muhammad SAW telah diberi gelaran ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menampungkan tangan | bertadah amin (ketika berdoa); | Kamus Dewan Edisi Keempat |