putera | 1 bd anak lelaki kpd raja: ~ mahkota anak raja yg akan naik takhta. 2 anak lelaki (utk menghormati): ~ Melayu. berputera 1 mempunyai anak lelaki (terutamanya raja-raja): Baginda ~ tiga orang. 2 melahirkan anak lelaki. diputerakan dilahirkan: Baginda telah ~ pd hari Khamis malam Jumaat. keputeraan hal diputerakan; kelahiran: hari ~ hari seseorang dilahirkan; hari jadi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bin | anak lelaki kpd: Muhamad ~ Abdullah. berbin memakai nama ayah di belakang nama sendiri (bkn anak lelaki); dilengkapi kata bin dan diikuti nama ayah selepas nama sendiri: Salah satu nama peserta tidak ~. berbinkan memakai sesuatu nama di belakang nama sendiri sbg nama ayah (bkn anak lelaki): Ahmad ~ ayah kandungnya. membinkan memberikan nama bapa kpd nama anak lelaki: Disebabkan tidak diketahui ayah kandungnya, maka dia dibinkan Abdullah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
putera | 1 bd anak lelaki kpd raja: ~ mahkota anak raja yg akan naik takhta. 2 anak lelaki (utk menghormati): ~ Melayu. berputera 1 mempunyai anak lelaki (terutamanya raja-raja): Baginda ~ tiga orang. 2 melahirkan anak lelaki. diputerakan dilahirkan: Baginda telah ~ pd hari Khamis malam Jumaat. keputeraan hal diputerakan; kelahiran: hari ~ hari seseorang dilahirkan; hari jadi. | Kamus Pelajar |
kulup I | nama timang-timangan bagi anak lelaki atau anak lelaki yg sulung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemuda | orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berputera | 1 mempunyai anak lelaki (terutamanya raja-raja): Baginda ~ tiga orang. 2 melahirkan anak lelaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
awangku | Br 1. gelaran utk anak lelaki bujang yg bapanya keturunan pengiran: A~ Idris; 2. panggilan timang-timangan utk anak lelaki yg bapanya bukan pengiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berputera | 1 mempunyai anak lelaki (terutamanya raja-raja): Baginda ~ tiga orang. 2 melahirkan anak lelaki. | Kamus Pelajar |
teruna | (anak) lelaki yg masih muda; pemuda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jejaka | anak lelaki yg telah dewasa, tetapi belum berkahwin; (orang) bujang; pemuda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |