memaklumkan | memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan: Dgn sukacitanya, anakanda ~ bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anakanda | anak (digunakan dlm surat-menyurat sbg bahasa halus atau di kalangan raja-raja). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anakanda | bh, bd anak (biasanya digunakan dlm surat-menyurat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anakanda | anak (digunakan dlm surat-menyurat sbg bahasa halus atau di kalangan raja-raja). | Kamus Pelajar |
percintaan | 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendiktekan | 1. menyuruh tulis apa-apa yg dibaca (diucapkan); 2. menyuruh dgn paksa, memerintahkan: apabila anakanda dapat memahamkan huraian kami ini, anakanda tidak akan berasa didiktekan sahaja oleh orang tuamu ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puteranda | anakanda, putera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nanda | kep anakanda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpulang | terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempersaudarakan | menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |