juruanalisis(analyst) | Orang yang terlatih dan mahir dalam menganalisis masalah dan berupaya membina algoritma atau cadangan bagi menyelesaikan masalah tersebut. | Kamus Komputer |
juruanalisis sistem(system analyst) | Pakar yang bertanggungjawab menganalisis keperluan atau masalah sesuatu sistem dan menukarkannya kepada bentuk spesifikasi atau algoritma penyelesaian bagi sistem tersebut. | Kamus Komputer |
juruanalisis komputer(computer analyst) | Pakar yang bertanggungjawab menganalisis keperluan atau masalah tertentu pengkomputeran dan menukarkannya kepada bentuk spesifikasi atau algoritma penyelesaian yang melibatkan pemprosesan komputer. | Kamus Komputer |
juruanalisis pangkalan data(data base analyst) | Pakar yang bertanggungjawab menganalisis, mereka bentuk, dan melaksanakan pangkalan data. | Kamus Komputer |