anggar I | ; anggar-anggar lebih kurang, kira-kira: isi besen itu dgn air ~ setengah; menganggar, menganggarkan mengira(kan) secara kasar sahaja, mengira-ngira(kan), memperhitungkan (belanja, biaya, dll) secara kasar: adalah dianggarkan bahawa kira-kira tiga per lima penduduk dunia tinggal di Asia; jawatankuasa itu menganggarkan perbelanjaan yg diperlukan lebih drpd RM5000; anggaran 1. jumlah yg dianggarkan, perhitungan atau perkiraan secara kasar: beri ~ berapa liter minyak diperlukan utk perjalanan 1000 km; ~ pendapatan dan perbelanjaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira: ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi; 3. Id peraturan; ~ belanja kira-kira (kasar) belanja (kerajaan, pertubuhan, dll); ~ belanjawan kira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan; ~ dasar peraturan pokok yg menjadi dasar peraturan lain (pd pertubuhan dll); ~ rumah tangga Id peraturan yg menghuraikan atau melengkapkan anggaran dasar; penganggaran proses mengira (menghitung) secara kasar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar-anggar | lebih kurang, kira-kira: isi besen itu dgn air ~ setengah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar VI | ; teranggar-anggar ark terlanggar-langgar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juara anggar | johan permainan anggar | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar II | Id permainan (perkelahian) dgn memakai pedang: bermain ~; beranggar bermain anggar, berkelahi dgn memakai pedang; ~ lidah berbantah; ~ pena berbantah dgn tulisan, berpolemik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juara I | 1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu; ~ ayam jurusabung (yg menjaga serta melatih) ayam; 2. orang yg memimpin sesuatu majlis jamuan dll; 3. johan (dlm pertandingan dll): ~ Piala Thomas; ~ anggar johan permainan anggar; ~ bersama pemenang yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain (kerana kedua-duanya mendapat mata dsb yg sama); ~ bertahan = ~ menanti orang yg memegang sesuatu kejohanan dan kini bertanding utk mempertahankan kejohanannya; ~ dikir Kl tukang karut dan tukang lagu dlm dikir barat; 4. ahli dlm sesuatu permainan dll: dia memang ~ fasal pakaian; 5. orang kedua penting dlm persembahan dikir barat yg tugasnya memulakan dikir barat dlm keadaan duduk dan diikuti oleh awak-awak; adat ~ kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi); bersahabat dgn ~, selilit benang bulang tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula; menjuarai 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2. memperjuangkan (mempertahankan, menyokong, dsb) dgn sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku menjadi orang politik yg seratus peratus ~ nasib rakyat; kejuaraan 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar | ; menggangar membuat perhitungan ttg sesuatu perbelanjaan dll; mengira-ngira: Emaknya telah ~ perbelanjaan dapur sebanyak RM500/- sebulan. anggaran kira-kira; perkiraan: ~ perbelanjaan utk tahun depan sudah dibuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anggar V | kayu tempat burung bertengek dlm sangkar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar IV | IB 1. gudang tempat menyimpan kapal terbang; 2. gudang besar di pelabuhan; 3. jambatan, pangkalan pelabuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar III | rumah tempat perhentian (di ladang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |