Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angin besar


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
angin ributangin besar (bertiup dgn kencang), taufan;Kamus Dewan Edisi Keempat
angin gunung-gununganangin besar;Kamus Dewan Edisi Keempat
membiasmembelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei;Kamus Dewan Edisi Keempat
biasmembelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei; membiaskan membelokkan arah, menyebabkan arah membelok dr asal; terbias terbelok dr arah asal: gelombang haba ~ dan berbalik spt gelombang cahaya; biasan 1. penyimpangan dr arah asal (spt hujan dihembus angin, sinar cahaya dlm air, dll): apabila cahaya itu melintas drpd satu perantaraan yg hening kpd yg lain, fenomena ini dinamai ~; 2. bayangan perasaan: ~ wajah ceria anak-anak itu jelas menggambarkan rasa riang di hati kecil mereka; pembiasan perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
angin1. udara yg bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya): ~ kencang sekali hari ini; 2. hawa, udara; mengambil ~ berjalan-jalan menghirup (menikmati) hawa yg bersih; 3. gas yg terdapat atau berkumpul dlm perut dan usus: perutnya berasa kurang sedap kerana berisi ~; membuang ~ kentut; 4. ki desas-desus, khabar yg belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi: ada ~ yg dia akan datang ke mari; 5. ki kosong, hampa, sia-sia: cakap ~; 6. kemungkinan, peluang, kesempatan: menantikan ~ baik; 7. sifat atau perangai yg tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yg nyata): dia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang muram; ~ ahmar keadaan yg timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak pecah atau tersumbat, yg mengakibatkan kehilangan kemampuan utk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok; ~ badai angin ribut; ~ barat (barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat daya dll); ~ bohorok (Sumatera) angin kering dan panas yg turun dr pergunungan; ~ (sorong) buritan angin yg datang dr buritan; ~ cekang kelat = ~ tegang kelat angin kencang; ~ darat angin yg datang dr darat; ~ ekor duyung angin yg datang dr berbagai-bagai jurusan; ~ gila angin yg tidak tentu arahnya; ~ gunung-gunungan angin besar; ~ haluan angin yg datang dr depan perahu; ~ hulu timur angin tepat dr timur; ~ indera bayu sl angin ribut; ~ kelambu menunggal angin utara yg membawa hujan; ~ kelambu sebelah angin utara yg tidak kencang dan tidak membawa hujan; ~ kepala angin utara timur laut; ~ lalu ki khabar yg tidak tentu benar salahnya; ~ langkisau angin puting beliung; ~ laut angin yg datang dr laut; ~ lintang angin kuat yg bertiup melintangi arah laluan kenderaan; ~ membakat = ~ menebing = ~ menumbuk kurung = ~ tumbuk kurung angin yg tepat dr buritan dgn ombak yg tinggi; ~ musim angin yg datang menurut musim tiap-tiap tahun; ~ paksa angin yg baik utk belayar; ~ pancaroba angin yg tidak tentu arah­nya; ~ pasang pasang-pasang; ~ penga­rak pagi angin pd waktu dinihari; ~ puting beliung = ~ puyu(h) angin yg berpusing-pusing; ~ ribut angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; ~ sakal angin yg berlawanan dgn arah perahu; ~ salah angin yg tidak baik; ~ sapu-sapu = ~ sepoi-sepoi (bahasa); ~ selembubu ~ selung bubu angin yg berpusing; ~ sendalu angin yg sedang; ~ sepoi-sepoi (bahasa, basa) angin yg bertiup lembut; ~ sorong buritan = ~ turutan angin buritan; ~ taufan angin puting beliung; ~ tegang kelat sl angin kencang: maka baginda berbuat se­buah negeri terlalu besar, tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pd sepenampang sehari pelayaran ~ tegang kelat; ~ tembe­rang buritan (haluan) angin yg serong dr buritan (haluan); ~ tenggara mandi angin keras dr tenggara; ~ tikus = ~ tukus angin pd awal angin tenggara; ~ timba ruang angin keras dr sisi perahu; ~ yahum angin tumbuk kurung; ~ berputar, ombak bersabung prb dikatakan bkn suatu perkara yg sangat sukar diselesai­kan; ~ bersiru kami tahu prb Mn kami sudah tahu bahawa hal (niat) seseorang telah ber­ubah; ~ tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam prb (Lampung) khabar-khabar yg ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan); ke mana ~ yg deras, ke situ condongnya = spt sepohon kayu, di mana ditiup ~, di sanalah ia condong prb dikata­kan kpd orang yg tidak tetap pendiriannya; kalau tiada ~ bertiup takkan pokok ber-goyang = tak sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang prb tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal; tahu di ~ turun naik prb orang-orang yg arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang; seangin sedikit sahaja, sekelumit; angin-angin 1. desas-desus, khabar yg belum sah; 2. gelagat; angin-anginan panas baran, lekas marah; berangin 1. ada angin: hari panas dan tidak ~; 2. diketahui orang sedikit-sedikit: setelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis; ~ keluar terbuka rahsia (khabar dll); berangin-angin duduk di tempat yg ada angin (supaya sejuk): kedua-duanya pun ~ di beranda; mengangin 1. ark menjadi angin (hilang lenyap); 2. bertiup angin; 3. menumpah-numpahkan padi drpd nyiru supaya yg hampa ditiup angin dan terpisah drpd padi yg berisi: petani itu sedang ~ padi; mengangini memberi berangin, memasuk­kan (meniupkan) angin, mengipasi; menganginkan, mengangin-anginkan 1. = mem­­­peranginkan menaruhkan di tem­pat yg berangin (utk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi: tembikar itu dikeluarkan dr tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk; 2. membayang-bayangkan, menyatakan dgn samar-samar: isterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dgn anak saudaranya; terangin 1. kena angin; 2. tampak angin-anginnya (gelagatnya); terangin-angin tersiar khabar angin (desas-desus); peranginan 1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk ber­istirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
gelombang1 gerakan air turun naik yg besar dan bergulung-gulung di laut; ombak besar: Besar laut, besar ~nya. 2 gerakan bergetar dlm udara yg mengalirkan haba atau cahaya dan juga bunyi ke tempat-tempat lain: Siaran radio itu dipancarkan melalui ~ pendek 49 meter. 3 gerakan, spt serangan yg dilakukan berturut-turut; gerakan yg beruntun-runtun: ~ pertama serangan itu telah dilakukan subuh-subuh tadi. ~ bunga lepang gelombang yg berbuih puncaknya. ~ haba gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan. ~ kepala kera gelombang yg bersilang-silang. ~ mangkuk gelombang yg berputar oleh sebab angin puting beliung. bergelombang 1 bergerak-gerak bergulung spt gelombang; berombak: Laut Pantai Timur ~ dan berbahaya dlm musim hujan antara bulan November dgn bulan April. 2 bergerak atau berlaku berturut-turut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunggu Ibp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anak­nya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (menga­wal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah ber­ubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tahi II~ angin sj tumbuhan (lumut), rumput angin, kampur angin, Usnea spp.; ~ anjing = ~ asu = rumput ~ ayam sj tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, Argeratum conyzoides; ~ gigi sj tumbuhan (pokok kecil), menggading besar, mata gajah, kayu hantu, puding hutan, Miliosma nitida; ~ musang sj tumbuhan (pokok renek), mempulih, sepulih, Fagraea racemosa; rumput ~ babi sj tumbuhan (rumput), Adenostemma lavenia; rumput ~ kerbau a) sj tumbuhan (rumpai), Fimbristylis miliacea; b) sj ular, Coluber radiatus.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelombang1. gerakan air turun naik yg besar dan bergulung-gulung di laut; ombak besar: Besar laut besar ~nya. 2. gerakan bergetar dlm udara yg mengalirkan haba atau cahaya dan juga bunyi ke tempat-tempat lain: Siaran radio itu dipancarkan melalui ~ pendek 49 meter. 3. gerakan spt serangan dll yg dilakukan berturut-turut; gerakan yg beruntun-runtun: ~ pertama serangan itu telah dilakukan subuh-subuh tadi. ~ bunga lepang gelombang yg berbuih puncaknya. ~ kepala kera gelombang yg bersilang-silang. ~ mangkuk gelombang yg berputar oleh sebab angin puting beliung. bergelombang 1. bergerak-gerak bergulung spt gelombang; berombak: Laut Pantai Timur ~ dan berbahaya dlm musim hujan antara bulan November dgn bulan April. 2. bergerak atau berlaku berturut-turut.Kamus Pelajar
kincir anginroda besar yg digerakkan oleh angin utk mengisar gandum dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas