tahar I | bertahar belayar terus (dlm angin, ribut, dll); menaharkan melayarkan terus (dlm angin, ribut, dll): ditaharkan perahunya olang-aling dipalu ombak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
badai | angin ribut yg kuat dan datang dgn tiba-tiba; taufan. membadai 1 bertiup dgn kencang (bkn angin ribut); bertiup spt badai: Angin ~ dan laut bergelora. 2 ki spt badai; menjadi sangat hebat: Kemarahannya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
badai I | 1. angin ribut (yg kuat dan tiba-tiba datangnya), taufan: di tengah laut, kapal itu ditimpa ~; 2. keadaan perasaan (fikiran dsb) yg amat tidak tenteram, keributan, kekacauan: ~ di hatiku masih belum reda; dunia yg penuh ~;membadai 1. bertiup kencang (bkn angin ribut), bertiup spt badai: angin ~ dan ombak pun sebesar-besar rumah tingginya; 2. spt badai, amat sangat: sedu-sedan mereka masih ~ juga; 3. ki menyebabkan perasaan (fikiran dsb) menjadi amat tidak tenteram: duka ~ jiwanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut I | 1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak terkawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin kencang di padang pasir yg menyebabkan kepulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu perkara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taufan | angin ribut yg kencang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siklon | angin ribut yg deras. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taufan | angin ribut, badai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siklon | angin ribut yg deras. | Kamus Pelajar |
taufan | angin ribut yg kencang. | Kamus Pelajar |
badai | angin ribut yg kuat dan datang dgn tiba-tiba; taufan. | Kamus Pelajar |