Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tunjuk; ~ ajar segala macam nasihat dan ajaran. ~ muka hadir di sesuatu majlis sekejap saja. ~ perasaan per­­buatan menyatakan pendapat dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; demonstrasi. bertunjuk-tunjuk­an 1 saling memperlihatkan diri. 2 saling mengacukan jari kpd satu sama lain. menunjuk 1 mengarahkan jari telunjuk ke: Jarinya ~ ke bangunan parlimen. 2 memberitahu dgn menga­rahkan sesuatu ke: Jarum pendek dan jarum panjang ~ ke angka dua belas. 3 mengemukakan atau menyatakan se­­suatu) sbg alasan; mengingatkan (se­suatu) dgn bukti; merujuk: Ia ~ Fasal 35 sbg dasar tindakannya itu. 4 menentukan sesiapa yg diberi tugas, dipilih, diangkat dsb: Perdana Menteri telah ~ dua orang sbg wakilnya. menunjuk-nunjuk suka memperlihatkan kelebihan diri sendiri. menunjuki memberitahu seseorang cara melakukan sesuatu; menasihati: Ali ~ adiknya cara membuat hitungan itu. menunjukkan 1 memperlihatkan se­­­suatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emak­nya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak mem­baca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. mem­pertunjukkan 1 menjadikan sesuatu (spt wayang, lakonan, tarian) dpt ditunjukkan: Rombongan itu akan ~ beberapa tarian daerah. 2 memperlihatkan barang-barang; mempamerkan: Mereka telah ~ barang-barang buatan tempatan. pertunjukan 1 sesuatu spt wayang, sandiwara yg dipertunjukkan atau yg dipertontonkan: ~ wayang itu habis pd pukul 10.00 malam. 2 benda-benda yg diperlihatkan. 3 pameran: ~ buku diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. penunjukan perbuatan (hal dsb) menunjuk atau menunjukkan. petunjuk 1 tanda atau isyarat yg mem­beritahukan sesuatu: Semua pemandu mesti patuh pd ~-~ jalan raya. 2 ajaran atau nasihat: ~ guru itu jangan disia-siakan. 3 sesuatu yg menjadi panduan utk melakukan sesuatu; rujukan: Buku ini menjadi ~ kpd penuntut-penuntut. penunjuk 1 alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: jarum ~ kelajuan. 2 orang yg menunjuk atau menunjukkan. ~ jalan a. orang yg menunjukkan jalan; mualim. b. tanda panah utk menunjukkan jalan. ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunjuk; ~ ajar2 memberitahu dgn mengarahkan sesuatu ke: Jarum pendek dan jarum panjang ~ ke angka dua belas.Kamus Pelajar

Kembali ke atas