angkasawan | orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas (menuju ke bulan dll): John Glenn ialah ~ Amerika yg pertama mengedari bumi di angkasa lepas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkasawan | orang yg terbang ke angkasa lepas: ~ pertama yg berjaya mendarat di bulan ialah ~ Amerika. | Kamus Pelajar |
kosmonaut | angkasawan Rusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
astronaut | angkasawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mikrograviti | (Ast) graviti yg hampir sifar yg dialami oleh angkasawan di dlm kapal angkasa yg mengelilingi bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
-wan | akhiran asing 1. orang yg ahli (atau pelaku) dlm sesuatu bidang pekerjaan atau tugas, mis angkasawan, sejarawan dan pustakawan; 2. orang yg memiliki sesuatu sifat atau kepunyaan, mis hartawan, ilmuwan, jutawan dan dermawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penerokaan | perihal (perbuatan, usaha, dsb) meneroka atau menerokai: ~ dlm tema dan teknik oleh para penulis seharusnya dilakukan berdasarkan pengalaman; angkasawan-angkasawan yg dipilih utk menyertai siri ~ ke angkasa lepas terpaksa menjalani ujian terlebih dulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulan | 1 satelit semula jadi bumi (permukaannya gersang lagi tandus serta tidak berudara) yg bergerak mengelilingi bumi dan kelihatan bercahaya pd waktu malam: Tiga orang angkasawan Amerika telah berjaya mendarat di permukaan ~. 2 masa atau tempoh yg lamanya 1 tahun dan setiap tempoh itu ada namanya sendiri: Saya telah dilahirkan dlm ~ Muharam. ~ bintang gambar bulan sabit dan bintang sbg lambang pd bendera dsb. ~ gelap malam hari yg gelap kerana bulan tidak kelihatan di langit. ~ gerhana bulan terlindung sebahagiannya atau seluruhnya oleh bayangan bumi. ~ haji Zulhijah. ~ madu masa pasangan suami isteri yg baru berkahwin pergi bercuti dan bersuka-suka ke tempat lain. ~ Maulud Rabiulawal. ~ muda bahagian bulan dr tanggal 1 hingga tanggal 10. ~ puasa Ramadan. ~ purnama bulan kelihatan penuh pd tanggal 14 atau 15. ~ sabit bulan yg masih berbentuk spt sabit. bulan-bulan 1 gambar dll yg menyerupai bulan. 2 benda yg dituju ketika menembak dll; mata alamat. berbulan 1 ada bulannya; mempunyai bulan: Malam tidak ~. 2 hingga sebulan lamanya. berbulan-bulan beberapa bulan lamanya. bulanan 1 tiap-tiap bulan: Dia menerima gaji ~, bukan mingguan. 2 terbit pd tiap-tiap bulan (ttg majalah dll): Majalah ~ Dewan Masyarakat diterbitkan pd tiap-tiap 15 hari bulan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bulan | 1. satelit semula jadi bumi (permukaannya gersang lagi tandus serta tidak berudara) yg bergerak mengelilingi bumi dan kelihatan bercahaya pd waktu malam:Tiga orang angkasawan Amerika telah berjaya mendarat di permukaan ~. 2. masa atau tempoh yg lamanya 1/12 tahun dan setiap tempoh itu ada namanya sendiri: Saya telah dilahirkan dlm ~ Muharam. ~ binatang gambar bulan sabit dan bintang sbg lambang pd bendera dsb. ~ gelap malam hari yg gelap kerana bulan tidak kelihatan di langit. ~ gerhana bulan terlindung sebahagiannya atau seluruhnya oleh bayangan bumi. ~ haji Zulhijah. ~ madu masa pasangan suami isteri yg baru berkahwin pergi bercuti dan bersuka-suka ke tempat lain. ~ maulud Rabiulawal. ~ muda bahagian bulan dr tanggal 1 hingga tanggal 10. ~ puasa Ramadan. ~ purnama bulan kelihatan penuh pd tanggal 14 atau 15. ~ sabit bulan yg masih berbentuk spt sabit. bulan-bulan 1. gambar dll yg menyerupai bulan. 2. benda yg dituju ketika menembak dll; mata alamat. berbulan 1. ada bulannya; mempunyai bulan: Malam tidak ~. 2. hingga sebulan lamanya. berbulan-bulan beberapa bulan lamanya. bulanan 1. tiap-tiap bulan: Dia menerima gaji ~, bukan mingguan. 2. terbit pd tiap-tiap bulan (ttg majalah dll): Majalah ~ Dewan Masyarakat diterbitkan pd tiap-tiap 15 hari bulan. | Kamus Pelajar |
angkasa | 1 awang-awangan; langit: Malam itu gelap pekat, tiada sebiji bintang pun yg kelihatan di ~. 2 lapisan udara yg melingkungi bumi: ~ lepas (luar) ruang di sebelah luar lapisan udara yg melingkungi bumi. angkasawan orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas (ke bulan dsb): ~ pertama yg berjaya mendarat di bulan ialah ~ Amerika. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |