angkuh II | Mn rupa, serupa (dgn); ~ terbawa, tampan tinggal prb baik rupanya, tetapi tidak baik sikapnya (memperolok-olokkan orang yg pesolek). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aga II | angkuh, sombong: ibu itu ~ pula atas anak tunggalnya itu; beraga berlagak, memperlihat-lihatkan diri; mengagakan membanggakan: sesungguhnya kedua-dua orang tua itu dapat ~ anaknya; keagaan keangkuhan, kesombongan: sekaliannya ada, menjadi ~ bagi yg punya; peraga ® raga III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompleks II | /kompléks/ ist keadaan fikiran seseorang yg dipengaruhi perasaan megah, rendah diri dll yg menyebabkan sikap, perangai atau keperibadian seseorang menjadi tidak wajar: Setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ atau ‘aku wartawan’. ~ rasa bersalah keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. ~ rendah diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. ~ tinggi diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |