angkut II | ; angkut-angkut serangga spt tebuan yg membuat sarang drpd tanah, Eumenes spp.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angkut II | ; ~ besi = angkut-angkut sj tumbuhan (pokok), jelunut, mendarung gajah, Sommersonia bartramia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkut II; | angkut-angkut serangga spt tebuan yg membuat sarang drpd tanah, <i>Eumenes spp..i> | Kamus Pelajar |
angkut-angkut | serangga spt tebuan yg membuat sarang drpd tanah, Eumenes spp.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angkut-angkut | sj lebah dlm famili Eumemidae. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkut-angkut | serangga spt tebuan yg membuat sarang drpd tanah, <i>Eumenes spp.i>. | Kamus Pelajar |
tempayak | anak penyengat (lebah, angkut-angkut, semut) yg masih berupa ulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkut I | ; mengangkut mengangkat dan membawa pergi: Lori Majlis Perbandaran itu digunakan utk ~ sampah di kawasan Petaling Jaya. angkutan 1 barang-barang yg diangkut. 2 ist belanja mengangkut barang-barang dagangan. ~ keluar belanja mengangkut barang jualan kpd pembeli. ~ masuk belanja mengangkut barang-barang yg dibeli. pengangkutan perbuatan atau hal mengangkut; pengiriman atau pembawaan barang-barang dll. ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas, dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan. pengangkut 1 orang yg mengangkut. 2 alat utk mengangkut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angkut besi | #NAME? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkut I | ; berangkut mengangkat dan membawa (berkali-kali): empat kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis; mengangkut 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapanya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuatkan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran; angkutan barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak; pengangkutan pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan; pengangkut 1. orang yg mengangkut; 2. alat utk mengangkut: ~ barang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |