animasi komputer | ist proses menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup dgn memaparkan satu siri gambar secara pantas dgn bantuan komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
animasi | 1 perbuatan atau proses menjadikan sesuatu kelihatan hidup. 2 seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup. ~ komputer ist proses menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup dgn memaparkan satu siri gambar secara pantas dgn bantuan komputer. menganimasikan menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup. penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
animasi | 1. perbuatan (proses, hasil drpd) menjadikan sesuatu kelihatan hidup; 2. seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup; menganimasikan menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup: gambar kartun yg dianimasikan; penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juruanimasi | orang yg ahli dlm membuat filem berbentuk animasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juruanimasi | orang yg ahli dlm membuat filem yg berbentuk animasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penganimasian bantuan komputer(computer-aided animation) | Penggunaan komputer sebagai perkakas untuk membantu proses penghasilan filem animasi atau kartun. | Kamus Komputer |
multimedia | (multimédia) 1. (berkaitan dgn) penggunaan pelbagai jenis media spt slaid, televisyen dsb, terutamanya dlm membuat persembahan (mengajar, menunjuk cara dsb); 2. berkaitan dgn produk, program dsb yg melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data dsb utk menyampaikan maklumat dsb: alat ~; 3. sistem komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video; memultimediakan menukarkan atau menyampaikan sesuatu maklumat (bahan dsb) dlm bentuk multimedia: banyak bahan yg sesuai utk pelajar yg boleh dimultimediakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
multimedia | /multimédia/ 1 (berkaitan dgn) penggunaan pelbagai jenis media spt slaid atau televisyen, terutamanya dlm membuat persembahan, mengajar, menunjuk cara dsb. 2 berkaitan dgn produk, program dsb yg melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi dsb utk menyampaikan sesuatu maklumat, keterangan dsb: alat ~. 3 sistem komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video. memultimediakan menukarkan atau menyampaikan sesuatu maklumat, bahan dsb dlm bentuk multimedia: Banyak bahan yg sesuai utk para pelajar telah dimultimediakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |