anjakan paradigma | peralihan atau perubahan drpd sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran ke keadaan atau lingkungan fikiran yg baru, biasanya yg lebih baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anjakan | gerakan beranjak; engsotan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anjakan paradigma | peralihan paradigma drpd satu lingkungan atau batasan kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjakan | hasil menganjak, engsotan; ~ gaji pergerakan gaji drpd tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pd satu peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Malaysia (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjakan utama(prime shift) | Tindakan pelanggan menggantikan sistem komputer yang telah lama digunakan dengan sistem baru yang berbeza langsung daripada sistem lama. | Kamus Komputer |
anjakan membulat(circular shift) | Tindakan menganjakkan bit atau aksara sehinggakan ia terkeluar di hujung daftar dan memasuki hujung daftar senarai yang berlawanan. | Kamus Komputer |
anjakan kitar(cycle shift) | Tindakan menganjakkan bit berulang kali dengan mengeluarkan bit yang paling hujung dan kemudian meletakkannya di hujung yang satu lagi selepas kesemua bit teranjak sebanyak satu bit. | Kamus Komputer |
unit anjakan lajur(column shift unit) | Unit yang berfungsi untuk menganjakkan suatu lajur medan data ke kedudukan yang lain. | Kamus Komputer |
gelinciran jam(clock slip) | Anjakan atau sisihan yang wujud antara jam sistem dan isyarat yang seharusnya segerak. Jika gelinciran ini terlalu besar, sistem tidak lagi segerak dan akan mengalami kegagalan. | Kamus Komputer |
anjak | ; beranjak berpindah atau berengsot sedikit. menganjak memindahkan; mengalih. anjakan gerakan beranjak; engsotan. ~ paradigma peralihan atau perubahan drpd sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran ke keadaan atau lingkungan fikiran yg baru, biasanya yg lebih baik. penganjakan perbuatan atau hal menganjak. penganjak bahagian pd sesuatu alat yg digerak-gerakkan supaya alat tsb menjadi panjang atau pendek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |