anti- | (awalan yg bererti) bertentangan dgn; melawan; menentang: ~komunis; ~rasuah; ~-Rusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anti | tidak suka: ~ terhadap rancangan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anti- | awalan asing tidak menyetujui, melawan, membantahi, menentang, mis antikerajaan dan antisosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anti II | Ar kamu (merujuk kpd seorang perempuan): Munirah, ~ dengarlah dulu cakap ana ni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anti I | tidak suka: jangan ~ pd pembangunan; tunjuk perasaan ~-Rusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anti | (awalan yg bererti) bertentangan dgn; melawan; menentang: ~komunis; ~rasuah; ~Rusia. | Kamus Pelajar |
limpa | organ vaskular yg terletak dekat perut, yg membentuk limfosit, mengeluarkan antibodi, membantu memusnahkan sel darah merah yg telah rosak, dan menyaring bakteria dan zarah-zarah asing dr darah, kura; ~ kecil = anak ~ hempedu; berlimpa ada limpa; tidak ~ ki tidak berperasaan, tidak berhati perut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hasutan | kata-kata atau perbuatan menghasut: tunjuk perasaan dilakukan kerana ~ anasir-anasir anti-Amerika; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyuntik | 1. mengorek keluar (duri dr dlm kulit dll) dgn jarum, mencungkil, mencucuk; 2. mengukir dgn benda tajam (pd logam dll); 3. memasukkan ubat ke dlm badan dgn jarum: kemudian jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya; 4. = ~ cacar memasukkan benih penyakit cacar ke dlm badan (utk mencegah penyakit cacar), menanam cacar; 5. bp mengapi-apikan, mengacum, menghasut: mereka akan disuntik dgn fikiran-fikiran anti-Barat; 6. memberikan, menyediakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hasut | ; menghasut 1. menjadikan orang sakit hati atau marah kpd orang lain, mengapi (-api)kan: dia yg ~ supaya orang membenci saya; 2. menggalakkan (anjing); hasut-menghasut saling menghasut: ~ tidak berhenti, yg kuat menindas yg lemah; terhasut sakit hati atau marah kerana di-hasut: PM menyatakan beliau tidak mahu membiarkan mahasiswa ~ oleh anasir-anasir politik; hasutan kata-kata atau perbuatan menghasut: tunjuk perasaan dilakukan kerana ~ anasir-anasir anti-Amerika; penghasutan perihal menghasut; penghasut orang yg menghasut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |