antidadah | menentang segala kegiatan dan amalan yg berkaitan dgn najis dadah, spt penghasilan, pengedaran dan penggunaan. kempen ~ kempen atau usaha utk membanteras penyalahgunaan dadah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antidadah | menentang segala kegiatan dan amalan yg berkaitan dgn najis dadah (spt penghasilan, pengedaran, penggunaan dll najis dadah): pakar-pakar dan pejuang ~; kempen ~ usaha utk membanteras penyalahgunaan dadah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kempen antidadah | kempen atau usaha utk membanteras penyalahgunaan dadah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kempen antidadah | usaha utk membanteras penyalahgunaan dadah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melancarkan | 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lancar | 1 fasih dan hafaz benar (bkn pertuturan atau bacaan): Dia membaca buku dgn ~ sekali. 2 tidak tersangkut-sangkut (bkn pergerakan dll); cepat dan licin. melancar 1 bergerak atau berjalan dgn lancar; maju dgn cepat: Keretanya ~ dgn kencangnya. 2 mengulang pelajaran supaya mahir; menghafaz: Kamu hendaklah ~ pelajaranmu di rumah. melancarkan 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. kelancaran 1 sifat atau hal lancar; kefasihan atau kecepatan (berkata-kata, membuat sesuatu dll). 2 keadaan lancar; kelicinan mengusahakan atau membuat sesuatu. pelancaran perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan dll): ~ “Sputnik” dan “Explorer” telah disusuli oleh beberapa jenis bulan rekaan lagi. pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket, peluru supaya objek tsb bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. selancar 1 permainan melayangkan anak-anak batu pd paras permukaan air (supaya batu terlompat-lompat). 2 permainan meluncur di atas permukaan air dgn berdiri dsb di atas papan. berselancar 1 bermain lancang-lancang. 2 bermain meluncur di atas air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |