diang | ; berdiang berada dekat api (unggun api, dapur) utk memanaskan badan: di musim sejuk begini kami tidak banyak keluar tetapi ~ di rumah sahaja; ~ di abu dingin prb pertolongan yg sia-sia (tidak berguna); sambil ~ nasi masak prb sekali membuat sesuatu pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; mendiang memanaskan atau memasak sesuatu dgn meletakkannya dekat dgn api: pagi-pagi lagi kelihatan budak dua beradik itu ~ ikan di tepi sungai; bagai pucuk pisang didiang prb lemah sekali (tidak bertenaga) kerana sakit dll; mendiangkan memanaskan (badan, tangan, dll) dekat api: kata Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api; pendiangan tempat berdiang, (dapur jingkir) utk berdiang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunu | sl dimakan api, terbakar; menunu 1. = menunukan membakar, me-nyalakan (api): dia tidak mempedulikan api yg hendak ~ rumahnya lagi; 2. tampak apinya, berkobar, menyala; ~ hati ki memanas-kan (menyakitkan) hati; tertunu terbakar; penunuan perihal menunu, pembakaran; penunu alat yg digunakan utk menunu, pembakar; ~ Bunsen penunu yg bahan bakarnya merupa-kan campuran gas bahan api dan udara, biasa-nya digunakan di makmal sains utk membuat uji kaji dsb; ~ gas bahagian yg bermuncung atau berlubang tempat keluarnya gas yg menjadi bahan bakar, mis pd dapur gas dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air | 1 cecair spt yg terdapat di laut (sungai, tasik, telaga dsb) dan dpt digunakan utk berbagai-bagai tujuan. 2 cecair yg terdapat dlm buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan: Tebu ini banyak ~nya. ~ api asid. ~ bah banjir. ~ batu (beku) air yg beku kerana terlalu sejuk; ais. ~ batu apung ais yg besar (serpihan glasier) yg mengapung di laut. ~ besar a. banjir. b. najis; tahi. ~ bujang minuman spt teh, kopi yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb. ~ emas a. lapisan atau dakwat emas. b. benang emas. ~ kecil (seni) air kencing. ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa perasa. ~ lembut ist air yg mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liat ist air yg tidak mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liat kekal ist air yg tidak dpt diubah menjadi air lembut apabila dididihkan. ~ liat sementara ist air yg dpt diubah menadi air lembut apabila dididihkan. ~ liur air dlm mulut yg menolong melembutkan dan menggumpalkan makanan yg dikunyah. ~ mandi a. air yg digunakan utk mandi. b. ki sesuatu yg menjadi kebiasaan. ~ mata air yg keluar dr mata (ketika menangis dll). ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah. ~ mawar air yg harum baunya (disuling drpd bunga mawar). ~ minum air utk diminum. ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman. ~ muka a. rupa muka; wajah. b. maruah; harga diri. ~ pasang air yg sedang naik (ttg air laut). ~ sebak air sungai yg sudah tepu tetapi tidak melimpahi tebing. ~ sembahyang wuduk. ~ surut air yg sedang turun (ttg air laut). ~ tawar air biasa yg tidak berasa apa-apa. ~ terjun aliran air pd tempat yg curam (spt pd tebing, lereng bukit). ~ udara ist air yg terdapat dlm udara; ~ wangi air yg harum baunya. berair berisi air; mengeluarkan air: Telaga ini tidak ~. mengair menjadi air; spt air. mengairi mengalirkan air ke; membubuh air pd; menggenangi (sawah dll). keairan digenangi air; kena air. perairan laut yg termasuk dlm daerah sesebuah negara. pengairan perbuatan atau hal mengairi (sesuatu kawasan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendiangkan | memanaskan (badan, tangan, dll) dekat api: kata Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tali I | 1. serat yg dipintal panjang-panjang: ~ itu dibuat drpd sabut kelapa; 2. benda yg halus panjang-panjang utk mengikat sesuatu: bungkusan itu diikat dgn ~ pisang; ~ agas = ~ anggas = ~ kala = ~ keleleh = ~ senam = ~ singkil tali yg dipegang oleh perempuan ketika bersalin; ~ air a) saluran utk mengalirkan air ke sawah dll; b) = ~ arus aliran arus (air); c) ark pengairan (sawah dll); ~ alir tali kail utk menangkap buaya; ~ alit = ~ gasing = ~ sering tali utk memusingkan gasing; ~ ambin tali pengikat beban; ~ anduh kain dll yg digunakan utk menggantungkan tangan yg patah ke bahu; ~ api (api-api) tunam, murang, sumbu; ~ ari-ari tali pusat; ~ barut a) tali pembebat (pembarut); b) tali pinggang; c) ki orang yg menjadi ampama orang lain, barua; ~ batung selepang tempat menyisipkan peluru; ~ bawat tali yg diikatkan pd palang layar (utk menggerakkan layar supaya mendapat angin); ~ belati tali buatan Eropah (drpd sisal); ~ besi ark tali drpd besi, kabel; ~ bicara ark Id telefon; ~ bosa (kap) tali utk menahan kabel (bergoyang dll); ~ bubut tali utk menurun-naikkan layar; ~ cemat tali utk menunda (menarik) perahu dll; ~ dahi layar tali yg mengikat bahagian layar yg di sebelah atas; ~ dogang tali yg dipegang apabila hendak mengimbangkan perahu dgn badan; ~ duga (penduga) tali utk menentukan dalamnya laut; ~ gantung tali utk menggantung orang (yg dihukum mati); ~ kail tali tempat diikat mata kail; ~ kajai (kejai) tali leher kuda (kalung kuda); ~ kang (kekang, kendali, tum) tali utk mengemudikan kuda; ~ kelat a) tali utk menarik layar; b) tali utk menarik pohon yg ditebang; ~ keledar tali yg dipasang pd pinggang dsb utk keselamatan (dlm kapal terbang, kereta, dsb); ~ kendit (kemendit) tali pinggang (drpd kulit dll); ~ kipas tali yg berupa gelung yg dibuat drpd getah, bahan sintetik dsb yg memusingkan kipas utk menyejukkan enjin kereta dsb; ~ ladung tali tempat bergantung batu unting; ~ leher jalur kain sutera, linen dsb yg dipakai di bawah kolar kemeja dan tergantung di dada; ~ leher kupu-kupu tali leher yg diikat dgn cara simpul pulih; ~ lenggang tali utk menegakkan tiang layar; ~ liung sj selempang tempat menyisip peluru; ~ pendarat tali yg menambatkan kapal dll ke pangkalan; ~ pendendang tali yg mengikatkan andang-andang pd tiang layar; ~ pengandak (setop, setu) tali utk mengecilkan layar; ~ pengangguk tali utk menggantungkan layar; ~ perampat tali utk mengikat kemudi pd tiang goyang; ~ perimping (aris, eris, ris) tali pd tepi layar supaya layar jangan koyak; ~ persaudaraan hubungan persaudaraan; ~ perut a) usus; b) = ~ benang tali yg mengikat pelana (ringga) ke perut kuda (gajah); ~ pinggang tali utk mengikat seluar supaya jangan lucut (drpd kulit dll); ~ pupuh tali yg direntangkan utk menandakan kawasan larangan atau pantangan; ~ pusar Id a) = ~ pusat bahagian usus yg menghubungkan bayi dgn urinya; b) bahagian buah yg menghubungkan biji dgn kulit buahnya; ~ rafia a) tali drpd serat pelepah rafia; b) tali yg diperbuat drpd plastik dlm pelbagai warna utk mengikat barang, kotak dsb; ~ relap tali yg diberi berambu-rambu (berjurai-jurai) utk menghalau ikan; ~ sas tali yg mengikat pelana kuda supaya jangan tergelongsor ke hadapan; ~ sauh tali utk mengikat sauh; ~ sawar tali utk menghela kerbau; ~ sawat jalur tali bundar atau bulat yg digunakan utk menggerakkan bahagian tertentu mesin dsb; ~ semberang (sidai, penyidai kain) tali utk ampaian kain; ~ sepatu (kasut) tali utk mengikat kasut; ~ sira tangga drpd tali; ~ sifat a) tali hitam utk menandai kayu yg akan digergaji; b) tali pd batu unting; ~ suai tali yg menyangga layar; ~ tajuk tali utk mengikat dayung pd bibir perahu; ~ tandur tali utk menurun-naikkan bidai; ~ tangsi tali (benang) yg dilumas dgn lilin utk tali kail; ~-temali bermacam-macam tali di kapal (perahu); ~ tudung a) tali yg diikatkan ke dagu; b) jambang yg nipis sampai ke bawah dagu; ~ tep pita utk mengukur; ~ tunda tali utk menunda perahu dll; ~ ulang tali yg digunakan melalui beberapa kapi; ~ di dlm bungkusan, digerek tikus apa gunanya prb seorang perempuan yg dlm pingitan telah melakukan perbuatan salah dgn diam-diam; ~ jangan putus, kaitan jangan sekah prb menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dgn seadil-adilnya; ~ yg tiga lembar itu tak suang-suang putus prb orang yg sekutu atau sebicara dlm sebarang hal ehwal itu selalu berjaya dlm pekerjaan; bagai ~ berlembar empat, bagai tungku sejerangan prb perbuatan yg dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang yg berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dgn sempurna; bagai menghela ~ jala prb melakukan sesuatu pekerjaan dgn hati-hati supaya tidak kerugian; digantung sehasta ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suaminya dgn tidak diberi belanja dan tidak juga diceraikan; sepanjang-panjang ~, sekenyang-kenyang banting prb telah habis ikhtiar (tidak ada daya upaya lagi); sepanjang-panjang ~, tidak sepanjang mulut manusia prb sesuatu rahsia jika diketahui orang sebentar itu juga akan tersiar ke mana-mana; setali bersambung (berhubung) menjadi satu, berhubungan; bertali 1. ada talinya, memakai tali: pd bahunya tersandang sebuah bungkusan kain yg diberi ~ panjang; 2. = ki sudah bertunangan (gadis), berikat; ~ arus banyak sekali (orang lalu lalang dll); ~ darah ada perhubungan keluarga dgn; ~ boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing prb hal kejahatan yg cukup keterangan dan buktinya; diberi ~ panjang prb membiarkan memilih apa yg disukainya; tali-bertali bertali-tali; bertali-tali 1. ada kaitannya dgn, berhubungan dgn: Ungku Tanjung itu ialah keluarga tali-bertali dgn Datuk Bendahara dan Yamtuan Besar; 2. sambung-menyambung, bersambung-sambung, terus-menerus, berterusan: di luar hujan masih ~; 3. berkait-kait, berjalin-jalin, berlibat-libat;bertalian ada kaitannya dgn, berhubungan, berkaitan: ketua-ketua agama mereka tidak lagi ~ atau berhubung dgn Paus di Rom; menali menangkap lembu (kuda dsb) dgn menggunakan tali: pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dsb; mempertalikan 1. mengikatkan berbelit-belit: ia menyerah diri lalu dirantai dipertali-talikan; 2. mengait-ngaitkan dgn, melibat-libatkan dgn, memperhubung-hubungkan, memperkaitkan, menjalin-jalinkan: jangan dipertalikan hal ini dgn perkara tadi; 3. menghubungkan (dgn), menyambungkan (dgn): jalan raya ini ~ Kuala Lumpur dgn Seremban; 4. menjadikan bertali-tali, menyambung-nyambungkan, menghubungkan: bukankah yg ~ hati suami isteri itu kecintaan yg penuh diikat oleh kesetiaan? 5. menjodohkan dgn, mengahwinkan: Ramli tidak mahu dipertalikan dgn orang yg belum dilihatnya; talian 1. wayar dsb yg menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesawat elektrik dsb: pastikan ~ mikrofon, alat perakam dsb semuanya teratur; 2. aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon; dalam ~ (Komp) a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer; luar ~ (Komp) berada di luar kawalan atau tidak lagi bersambung dgn sistem utama komputer atau unit pemprosesan utama komputer; pertalian 1. perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dll) perkariban, sangkut paut: apa ~ kita dgn dia, maka ia hendak memberi aku barang-barang? 2. rangkaian yg mempunyai nilaian yg sama (spt 2x + 5=11), persamaan; ~ batin perhubungan yg tidak kelihatan; ~ darah perhubungan kekeluargaan; ~ silaturahim perhubungan persahabatan (persaudaraan); penali 1. sesuatu yg digunakan utk mengikat, pengikat; 2. ark takrif, kesimpulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut I | 1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak terkawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin kencang di padang pasir yg menyebabkan kepulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu perkara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peluit | sj alat yg berbunyi nyaring apabila ditiup, siren: kedengaran deru jentera kereta api dgn ~nya yg nyaring; seorang anggota polis membunyikan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghidupkan | membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin keretanya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengangkut | 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapanya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuatkan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meniup | 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarakkan api dgn ~nya; 2. membunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulutnya ~ serunai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyembur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menjiprat mukaku; 4. = meniup-niup ki membangkitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah berusaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |