arsenik | ist unsur bukan logam berwarna kelabu dan sangat beracun yg digunakan utk membuat racun perosak, ubat sapu, peranti elektronik, dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
arsenik | (Kim) sj unsur bukan logam yg digunakan utk membuat racun perosak, ubat sapu, peranti elektronik, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
As | simbol kimia bagi arsenik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
metaloid | /métaloid/ ist unsur kimia yg bersifat antara logam dgn bukan logam (mis boron, silikon, dan arsenik). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
metaloid | (métaloid) (Kim) unsur kimia yg sifatnya antara sifat logam dan bukan logam (mis boron, silikon, arsenik, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjernihan | proses (tindakan dsb) menjernihkan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan menggunakan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jernih | 1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebabkan dll) jernih, mengheningkan, membeningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), kesucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) menjernihkan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan menggunakan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |