mengidentifikasikan | 1. mengenal pasti, menentukan identiti: masalah yg paling menonjol, agaknya, adalah tentang bagaimana boleh diidentifikasikan sikap kebaikan atau keberkesanan mengajar; banyak masalah yg diidentifikasikan dlm artikel-artikel tersebut; 2. menganggap sama dgn: secara am, orang ~ dialek dgn negeri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
identifikasi | (idéntifikasi) perbuatan menganggap sama dgn: sesuatu pekerjaan di Jepun bukan sekadar satu peraturan kontrak utk mendapatkan gaji tetapi merupakan satu ~ dgn sebuah entiti yg besar; mengidentifikasikan 1. mengenal pasti, menentukan identiti: masalah yg paling menonjol, agaknya, adalah tentang bagaimana boleh diidentifikasikan sikap kebaikan atau keberkesanan mengajar; banyak masalah yg diidentifikasikan dlm artikel-artikel tersebut; 2. menganggap sama dgn: secara am, orang ~ dialek dgn negeri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
artikel | 1 bahagian atau fasal drpd sesuatu undang-undang. 2 karangan atau tulisan ttg sesuatu perkara yg disiarkan dlm akhbar dsb; makalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
artikel | 1. fasal dlm kitab undang-undang; 2. karangan (dlm surat khabar, majalah, dll), makalah, rencana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
artikel | 1. bahagian atau fasal drpd sesuatu undang-undang. 2. karangan atau tulisan ttg sesuatu perkara yg disiarkan dlm akhbar dsb; makalah. | Kamus Pelajar |
makalah | rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yg disiarkan dlm majalah, surat khabar, dll; pemakalah orang yg menulis (menyediakan, membentangkan dsb) makalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencenderungkan | menyebabkan (menjadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pd sesuatu: dlm artikel ini, tumpuan akan diberikan kpd peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yg ~ mereka kpd penyalahgunaan dadah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wacana | 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih utk diwacanakan secara objektif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayat | 1. satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat: muka surat 97 ~ 5; terdapat beberapa perkataan yg sukar dlm ~ yg berkenaan; 2. beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud (dlm al-Quran dll): ~ al-Kursi surah ...; 3. Id bahagian fasal undang-undang, artikel: fasal 12 ~ 2. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cenderung | 1. tidak tegak, condong, senget; 2. menaruh minat (keinginan, kasih, dsb) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kpd: ia lebih ~ membaca novel; 3. berpihak kpd, memilih pihak, menyebelahi, condong: hakim yg adil tidak ~ kpd pihak mana pun; 4. sl lereng bukit (jurang, tebing, dll) yg curam: ~ yg tinggi lagi terjal; mencenderungkan menyebabkan (menjadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pd sesuatu: dlm artikel ini, tumpuan akan diberikan kpd peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yg ~ mereka kpd penyalahgunaan dadah; kecenderungan kesukaan (keinginan, kemahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak; berkecenderungan menunjukkan atau mempunyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |