Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal-asalnya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kembali1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) me­ngembalikan, pemulangan, pemulihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kembali asalbalik asal (kembali semula kpd asalnya);Kamus Dewan Edisi Keempat
galuralur; susur-~ salasilah, asal usul;bergalur-galur beralur-alur, berjalur-jalur; menggalur mencari punca atau asal: makna yg boleh digalur drpd falsafah mistik dlm Islam;menggalur-galur memeriksa, mengusut (hingga kpd asalnya); menggalurkan menguraikan sampai kpd asalnya;penggaluran perihal menggalurkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
asal1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancang­an ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli; ~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang.Kamus Dewan Edisi Keempat
pulang asala) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal;Kamus Dewan Edisi Keempat
pulang1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali: ~ ke negerinya sendiri; suaminya masih belum ~ drpd kerja; ~ kpd isterinya yg pertama rujuk semula dgn isterinya yg pertama; ~ kpd yg punya terserah (balik) kpd tuan punya; 2. ~ kpd jatuh kpd, terserah kpd, tertanggung atas: hal ini ~ kpd bapa hal ini terserah kpd bapa; kalau terjadi sesuatu ~ kpd tuan kalau terjadi sesuatu tuanlah yg menanggungnya; ~ asal a) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal; ~-balik = ~-pergi a) pulang dan pergi; b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir); ~ haji kembali dr naik haji; ~ hari kembali lagi pd hari yg semula (sesudah enam hari, spt hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya); ~ ikhtiar (kpd) terserahlah ikhtiarnya (kpd); ~ (ke) kandung kembali ke tempat asalnya; ~ ke rahmatullah meninggal dunia, mati; ~ maklum kpd terserah kpd pendapat (pertimbangan) orang; ~ modal mendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi); ~ nama yg pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dll); ~-paling ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari; ~ pohon = ~ pokok Id pulang modal; ~ pulih sembuh semula, kembali lagi; sepulang waktu (masa) pulang, sekembali; berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik; memulangi 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...; memulangkan 1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya; terpulang terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja; pulangan hasil drpd atau pendapatan pena­naman modal (pekerjaan, pemberian, per­khidmatan, dll); kepulangan perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga dgn mesra; pemulangan perbuatan memulangkan, pe­mulihan, pengembalian.Kamus Dewan Edisi Keempat
baka I1. keluarga (yg menurunkan), asal keturunan (ayah dll); 2. benih (haiwan atau tumbuhan); membuang ~ menyimpang drpd sifatnya (asalnya) yg turun-temurun, mencemarkan nama baik keluhurannya (orang tua dll); saka ~ (keluarga) yg menurunkan, (sifat-sifat) keturunan, turun-temurun;pembakaan perihal memperkembang baka.Kamus Dewan Edisi Keempat
ganjak; berganjak bergerak sedikit dr tempat asal; beralih atau berengsot sedikit: Dia tidak mahu ~ dr tempat duduknya. mengganjakkan menjadikan beralih dr tempat asalnya; mengengsotkan sedikit: Saya tidak berdaya ~ almari itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sedia1. memang ada (sejak dr mula atau dahulu), yg asal (sudah-sudah, dahulu), semula: Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya ~ orang Singapura; 2. memang begitu (halnya, keadaannya), begitulah (biasanya): yg hidup itu ~ akan mati juga sudahnya; ke­gemar-annya tetap macam ~; 3. siap (utk berbuat sesuatu), mustaid: tetapi sudahlah ~ kawannya memegang murang; 4. sanggup dan rela (mahu), sudi: Amerika ~ mengi­rimkan rombongan itu pd bila-bila masa sahaja; 5. telah sudah: Si Sirih telah ~ mengetahui perangai Si Tenggang; sedianya sememangnya, sebetulnya, se­patutnya, jangkanya: ~ hamba hendak ke rumah Tuan; bersedia 1. bersiap (utk melakukan sesuatu, menanti, dll): ~ utk menghadapi musuh; 2. = bersedia-sedia mempersiapkan diri: ia sedang ~ utk berangkat; 3. rela dan sanggup: ~ menolong orang miskin; kebersediaan perihal (keadaan) bersedia: ~ utk tolong-menolong; menyediakan 1. menyiapkan (makanan dll); 2. melengkapkan (kapal, kenaikan, dll): diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat ~ panca­persada; 3. mencukupkan (wang dll): ~ wang utk membeli kereta; 4. mengadakan (sesuatu utk), mengatur, me­nyusun: wakil itu ~ kenderaan utk membawa mereka ke asrama yg dikhaskan; tersedia telah disediakan (dilengkapkan), ada: teman hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah ~; ketersediaan keadaan tersedia: ~ indeks; kesediaan perihal sedia, kesanggupan, ke-relaan: mereka menampakkan ~ utk ber-juang demi bangsa dan negara; persediaan 1. perbuatan menyediakan, per-siapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~; 2. = sediaan sesuatu yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid sehari-hari (disediakan oleh guru); penyedia orang (institusi, badan, dsb) yg menyediakan sesuatu: ~ makanan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ganjakberganjak,/b> bergerak sedikit dr tempat asal; beralih atau berengsot sedikit: Dia tidak mahu ~ dr tempat duduknya. mengganjakkan menjadikan beralih dr tempat asalnya; mengengsotkan sedikit: Saya tidak berdaya ~ almari itu.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas