perbenturan | perihal berbenturan, pertentangan, perlanggaran: ketegangan dlm kehidupan bangsa yg sedang berkembang, diakibatkan oleh ~ antara aspirasi ekonomi moden dgn aspirasi kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aspirasi | keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita: spt yg ditegaskan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah; mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan: terdapat jurang pemisah antara pemimpin yg berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aspirasi | keinginan atau kehendak yg kuat utk mencapai sesuatu: ~ rakyat pd masa itu adalah utk mencapai kemerdekaan. beraspirasi mempunyai atau menyimpan aspirasi; berkeinginan. mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu; mencita-citakan: Penduduk di situ ~ suatu kehidupan yg aman tenteram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bentur II | ; berbenturan berlanggaran, berhantukkan, bertumbukan; membenturkan melanggarkan, menghantukkan, menumbukkan;terbentur 1. terlanggar, terhantuk, tertumbuk: kakinya ~ batu; 2. terhalang, terhambat, gagal: maksudnya selalu ~;perbenturan perihal berbenturan, pertentangan, perlanggaran: ketegangan dlm kehidupan bangsa yg sedang berkembang, diakibatkan oleh ~ antara aspirasi ekonomi moden dgn aspirasi kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraspirasi | mempunyai atau menyimpan aspirasi; berkeinginan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemartabatan | perihal (usaha dsb) memartabatkan: pd masa yg sama, pihak yg tidak sejalan dgn aspirasi perjuangan dan ~ baha-sa tentunya bersewenang-wenang dgn peng-gunaan bahasa asing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
etos | (étos) sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dll: pelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yg benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan ~ masyarakat dan negara kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontemporari | (kontémporari) pd masa yg sama, semasa atau sesama (dgn seseorang atau sesuatu), (pd) masa kini: sandiwara yg mengambil perbahanannya drpd lembaran-lembaran sejarah yg penting dan beralih kpd penimbaan peristiwa-peristiwa semasa dan ~; aspirasi rakyat ~; penyair ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
martabat | martabat kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat: dianugerahinya aku ~ yg amat besar; bermartabat mempunyai martabat: manu-sia yg bermaruah dan ~; memartabatkan menjadikan sesuatu bermartabat: banyak yg boleh dilakukan utk ~ sastera Melayu; kemartabatan perihal martabat: namun Ali Aziz tidaklah sempat menjatuhkan ~ tuan sbg satu-satunya wira sepanjang zaman; pemartabatan perihal (usaha dsb) memartabatkan: pd masa yg sama, pihak yg tidak sejalan dgn aspirasi perjuangan dan ~ baha-sa tentunya bersewenang-wenang dgn peng-gunaan bahasa asing; pemartabat pihak (orang atau golongan) yg memartabatkan: sbg pejuang dan ~ ba-hasa, kita harus bersedia berdepan dgn ber-bagai-bagai masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |