asuh-asuh | sj ikan, dalu-dalu, gertak lantai, landuk, Lethrinus nebulosus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asuh | ; mengasuh menjaga dan mendidik anak kecil: ~ anak bukannya mudah. asuhan 1 usaha yg dilakukan utk mengasuh; hasil drpd mengasuh; bimbingan; didikan. 2 yg diasuh. pengasuhan perbuatan atau cara mengasuh. pengasuh orang yg mengasuh; penjaga dan pendidik. ~ bunga bahagian bunga sebelah luar yg terdiri drpd kelopak bunga dan kaliks; sari salut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asuh | ; mengasuh 1. memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan mendidik (anak kecil): semenjak kecil ia diasuh ibu supaya lebih berhati-hati kalau berada di negeri orang; 2. mengelola dan melatih, memimpin, membimbing: Papua Timur masih diasuh oleh Australia; asuhan 1. peliharaan dan didikan, jagaan: semasa kecil dia dlm ~ neneknya; 2. awasan dan tunjuk ajar, bimbingan; pengasuhan perbuatan atau hal mengasuh; pengasuh orang yg (kerjanya) mengasuh: dicarilah ~ utk anak raja itu; ~ bunga daun-daun kecil yg tidak sempurna yg terdapat pd tangkai (sebelah bawah) bunga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asuh; | mengasuh menjaga dan mendidik anak kecil: ~ anak bukannya mudah. asuhan 1. usaha yg dilakukan utk mengasuh; hasil drpd mengasuh; bimbingan; didikan. 2. yg diasuh. pengasuhan perbuatan atau cara mengasuh. pengasuh orang yg mengasuh; penjaga dan pendidik. ~ bunga bahagian bunga sebelah luar yg terdiri drpd kelopak bunga dan kaliks; sari salut. | Kamus Pelajar |
memimpin | 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pimpin I | ; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; memimpin 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dll; pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pimpinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, petunjuk; berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab; kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindaktanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |