Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wal] | اول

Definisi : 1. sebelum waktu yg biasa (yg dijang­ka­kan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. baha­­gian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini; ~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya ...;berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);berawalan mempunyai awalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wal] | اول

Definisi : mula-mula sekali; permulaan: Pd ~ bulan depan, saya akan ke Singapura. berawal ada awalnya; ada permulaannya: kisah yg tidak ~ dan tidak berakhir. berawalkan mempunyai sesuatu sbg unsur yg mula-mula: kata yg ~ konsonan. mengawalkan membawa ke waktu atau ke tarikh yg lebih awal: Mesyuarat itu telah diawalkan atas sebab-sebab tertentu. awalan imbuhan di depan sesuatu kata dasar (spt ber-, me-, per-, dan ter-). berawalan mempunyai awalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awal

Puisi
 

Dari awal sampai ke akhir,
     Limau lelang saya kupaskan;
Singa bersoal garoda berfikir,
     Rimau garang saya lepaskan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pagi-pagi1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi, dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bidan tempahbidan yg sudah ditempah awal-awal dan bersetuju memberikan khidmatnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pagi-pagi1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~.Kamus Pelajar
kegemuruhankeadaan tidak tenteram, keributan: berlaku suatu ~ drama sejarah pd awal-awal tahun 1950-an.Kamus Dewan Edisi Keempat
bidanorang yg menolong orang yg akan atau sedang bersalin. ~ tarik (terjun) bidan yg diminta khidmatnya tanpa rundingan lebih awal. ~ tempah bidan yg sudah ditempah awal-awal dan bersetuju memberikan khidmatnya. perbidanan hal-hal mengenai bidan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bidanorang yg menolong orang yg akan atau sedang bersalin. ~ tarik (terjun) bidan yg diminta khidmatnya tanpa rundingan lebih awal. ~ tempah bidan yg sudah ditempah awal-awal dan bersetuju memberikan khidmatnya.Kamus Pelajar
pagisebahagian drpd waktu dlm satu hari, iaitu selepas tengah malam sehingga tengah hari: Mereka telah pulang ke kampung pd pukul 8.00 ~ tadi. ~ buta pagi benar; sebelum matahari terbit. pagi-pagi 1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi, dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
permulaan1. awal, yg awal (pertama) se­kali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata penda­huluan: penyiasatan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
baris gilir FIFO(FIFO queue)Baris gilir yang susunan penyimpanannya membolehkan data yang awal dilayan awal manakala data yang masuk kemudian ke dalam baris gilir dilayan kemudian. Bandingkan baris gilir FILO.Kamus Komputer
mula1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari? mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; bermula 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, ber­pangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertama­tama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; kebermulaan perihal (keadaan) bermula­nya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu; mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula me­lakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini; permulaan 1. awal, yg awal (pertama) se­kali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata penda­huluan: penyiasatan ~; berpermulaan mempunyai permulaan: se-suatu perbuatan harus ~; pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas