lagi-lagi | 1. sentiasa, asyik, balik-balik: ~hendak meminjam; tak ada kerja lain, ~main; 2. bertambah-tambah lagi, makin bertambah: kalau ia tinggal bersama ayah,~ ayah berselisih faham dengannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayah I | (lebih halus drpd ) bapa; ~ bonda ibu bapa, orang tua; berayah mempunyai ayah: ia tidak ~ semenjak kecil lagi; ~ kpd menyebut (menganggap) ayah kpd; berayahkan mempunyai (seseorang yg dinyatakan) sbg ayah: ~ seorang yg pengasih dan penyayang; ~ guru; keayahan sifat yg dimiliki sbg ayah, kebapaan: sememangnya dia mempunyai naluri ~ yg cukup tajam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusulkan | 1. menjadikan (membiarkan) menyusul, membawa pergi dll kemudian, membawa menyusul: kuminta kpd ayah supaya ayah ~ aku bekerja di kantor residen Ambon ini; 2. memperikutkan, memasukkan (dlm surat dll) supaya turut, melampirkan (surat dll), menambahkan (sbg keterangan, lanjutan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebaikan | 1. perbuatan baik: apabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dgn ayahnya, kerana ayah, utk ayah; 2. sifat baik: tidak sanggup saya membalas ~ budinya; 3. faedah: di kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru utk ~ rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wali ikrab | a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aki | ayah kpd ibu atau ayah kpd bapa sendiri; datuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aki | ayah kpd ibu atau ayah kpd bapa sendiri; datuk. | Kamus Pelajar |
wali akrab | ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayah | orang lelaki pasangan ibu; bapa: ~ bonda ibu bapa. berayah mempunyai ayah; berbapa. berayahkan mempunyai seseorang sbg ayah; berbapakan: Adli bangga ~ seorang anggota tentera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bin | anak lelaki kpd: Muhamad ~ Abdullah. berbin memakai nama ayah di belakang nama sendiri (bkn anak lelaki); dilengkapi kata bin dan diikuti nama ayah selepas nama sendiri: Salah satu nama peserta tidak ~. berbinkan memakai sesuatu nama di belakang nama sendiri sbg nama ayah (bkn anak lelaki): Ahmad ~ ayah kandungnya. membinkan memberikan nama bapa kpd nama anak lelaki: Disebabkan tidak diketahui ayah kandungnya, maka dia dibinkan Abdullah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |