seksa | (séksa) 1. kesengsaraan (kesusahan, ke-sakitan, dll) yg dideritai sbg hukuman, hukuman yg menyakitkan (menyusahkan dll), aniaya, azab: azab ~ Tuhan akan menimpa orang yg tidak jujur; 2. pedih, sakit, sengsara, susah: hidup pun ~ benar; menyeksa 1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2. menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri; menyeksai menyeksa berkali-kali; terseksa (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dsb), (telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup ~ di bawah cengkaman musuh; seksaan 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; penyeksaan perihal menyeksa, penganiayaan: sekarang dia berasa lapang kerana ter-lepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya; penyeksa 1. orang yg menyeksa; 2. sesuatu yg menyeksa (peperangan, kebuluran, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azab sengsara | berbagai-bagai kesusahan dan seksa yg diderita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
azab sengasara | segala jenis kesusahan yg diderita | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
azab sengsara | berbagai-bagai penderitaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azab | 1. hukuman, seksaan (yg dideritai), kesengsaraan, kesusahan (yg dideritai seseorang); 2. susah sekali, sengsara: kehidupan mereka sangat ~; mengazab menghukum (dgn seksaan), menyeksa: orang yg durjana akan diazab di neraka;mengazabkan menimbulkan kesengsaraan (kesusahan yg amat sangat), menyengsarakan; keazaban seksaan, kesengsaraan, kesusahan yg amat sangat: ~ yg dideritai oleh orang awam dlm masa peperangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
eutanasia | (éutanasia) (Ubat) perbuatan mematikan seseorang yg menanggung azab penyakit yg tidak dapat disembuhkan lagi atas dasar perikemanusiaan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azab | 1 seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2 susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengasara segala jenis kesusahan yg diderita. mengazab menghukum dgn seksaan: Allah akan ~ orang yg ingkar. keazaban keadaan azab; kesengsaraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
azab | 1. seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2. susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengsara segala jenis kesusahan yg diderita. keazaban keadaan azab; kesengsaraan. | Kamus Pelajar |
keazaban | keadaan azab; kesengsaraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hajab | Kd azab, seksa, susah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |