babit | ; membabitkan membawa atau melibatkan seseorang atau sesuatu pihak, negara dsb ke dlm sesuatu perkara: Perselisihan itu tidak ~ pihak lain, cuma antara mereka sahaja. terbabit termasuk atau terlibat dlm sesuatu perkara: Dia tidak mahu ~ dlm pakatan jahat itu. pembabitan perbuatan atau hal membabitkan (diri): ~ beliau dlm kegiatan amal sangat dialu-alukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
babit | ; membabitkan melibatkan seseorang (negara dll) dlm sesuatu perkara: apabila sesebuah negara Komanwel bertelingkah atau berperang, negara itu tidak akan ~ negara-negara Komanwel lain;terbabit terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dgn Jerman, negara-negara lain pun ~ sama; ~ dlm persengketaan orang lain;keterbabitan perihal terlibat (tersangkut, terseret) dlm sesuatu perkara: kita mengenali mereka kerana jawatannya atau kerana ~nya dlm kegiatan di luar bidang tugas;pembabitan perihal membabitkan: dia merasakan ~nya dlm pertandingan badminton antarabangsa sudah mencukupi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merestui | 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
restu | 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, keizinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sempurna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera; merestui 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |