badan berkanun | jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
badan berkanun | agensi kerajaan yg ditubuhkan utk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
badan berkanun | badan (spt Dewan Bahasa, MARA, UDA) yg ditubuhkan oleh kerajaan dgn kelulusan Parlimen utk menyelenggarakan sesuatu dgn mendapat bantuan kewangan drpd kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
DBP | kep Dewan Bahasa dan Pustaka (badan berkanun yg mempunyai tugas dan tanggungjawab membina, memajukan dan memperkembang bahasa Kebangsaan dan sastera serta melaksanakan tugas-tugas lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bank pembangunan | bank yg menguruskan dana kerajaan dan badan berkanun utk diberikan pinjaman kpd pelbagai sektor penting bagi menjana pembangunan negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbadanan | jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perbadanan | jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Kamus Pelajar |
keluar | 1 bergerak dr sebelah dalam (bilik, pejabat dll) ke sebelah luarnya: Dia ~ dr bilik mesyuarat. 2 berhenti drpd menjadi anggota persatuan dsb; berhenti kerja: Dia ~ dr parti yg ditubuhkannya sendiri. 3 menampakkan diri; muncul: Sudah hampir seminggu dia tidak ~. 4 diedarkan (bkn surat khabar, majalah dll); terbit; tersiar: Laporan Suruhanjaya mengenai Badan-Badan Berkanun akan ~ tidak lama lagi. mengeluari keluar utk menentang (menghalau dsb) seseorang: ~ musuh. mengeluarkan 1 memindahkan barang dll ke sebelah luar; membawa ke luar: Dia ~ sehelai sapu tangan dr dlm sakunya. 2 melahirkan atau menyatakan (pendapat dll): Mereka tidak mempunyai kebebasan dan tidak boleh ~ fikiran sendiri. 3 membelanjakan wang utk sesuatu: Mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk membiayai projek itu. 4 menerbitkan buku, majalah dll: Dewan Bahasa akan ~ kamus Inggeris-Melayu tidak lama lagi. 5 menghasilkan getah, bijih timah dll: Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ getah asli. 6 menghentikan drpd jawatan dll; memecat: Ia telah dikeluarkan dr persatuan itu kerana kecurangannya. terkeluar 1 tidak termasuk dlm sesuatu tajuk (perkara dll); berada di luar; terdapat di luar: Isi karangannya telah ~ drpd tajuk asal. Dompetnya kelihatan ~ sedikit dr koceknya. 2 dpt dikeluarkan (dicabut dsb): Ketika itulah ~ segala makiannya terhadap orang itu. keluaran (sesuatu) yg dikeluarkan, dihasilkan, diterbitkan dll: majalah ~ bulan Mei. pengeluaran perbuatan atau hal mengeluarkan (menghasilkan): ~ buku teks hendaklah diperbanyak pd tahun-tahun yg akan datang. pengeluar orang (negeri, syarikat dll) yg mengeluarkan atau yg menghasilkan sesuatu: Malaysia ialah negara ~ getah asli yg utama di dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluar | 1. bergerak dr sebelah dalam (bilik, pejabat dll) ke sebelah luarnya:Dia – dr bilik mesyuarat. 2. berhenti drp menjadi anggota persatuan dsb; berhenti kerja:Dia ~ dr parti yg ditubuhkannya sendiri. 3. menampakkan diri; muncul:Sudah hampir seminggu dia tidak ~. 4. diedarkan (bkn surat khabar, majalah dll); terbit; tersiar:Laporan Suruhanjaya mengenai Badan-Badan Berkanun akan ~ tidak lama lagi. mengeluari keluar utk menentang (menghalau dsb) seseorang: ~ musuh. mengeluarkan 1. memindahkan barang dll ke sebelah luar; membawa ke luar:Dia ~ sehelai sapu tangan dr dlm sakunya. 2. melahirkan atau menyatakan (pendapat dll): Mereka tidak mempunyai kebebasan dan tidak boleh ~ fikiran sendiri. 3. membelanjakan wang utk sesuatu: Mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk membiayai projek itu. 4. menerbitkan buku, majalah dll:Dewan Bahasa akan ~ kamus Inggeris-Melayu tidak lama lagi. 5. menghasilkan getah, bijih timah dll: Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ getah asli. 6. menghentikan drpd jawatan dll; memecat:Ia telah dikeluarkan dr persatuan itu kerana kecurangannya. terkeluar 1. tidak termasuk dlm sesuatu tajuk (perkara dll); berada di luar; terdapat di luar:Isi karangannya telah ~ drpd tajuk asal. Dompetnya kelihatan ~ sedikit dr koceknya. 2. dpt dikeluarkan (dicabut dsb): Ketika itulah ~ segala makiannya terhadap orang itu. keluaran (sesuatu) yg dikeluarkan, dihasilkan, diterbitkan dll: majalah ~ bulan Mei. pengeluaran perbuatan atau hal mengeluarkan (menghasilkan):~ buku teks hendaklah diperbanyak pd tahun-tahun yg akan datang. pengeluar orang (negeri, syarikat dll) yg mengeluarkan atau yg menghasilkan sesuatu: Malaysia ialah negara ~ getah asli yg utama di dunia. | Kamus Pelajar |
badan | 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |