Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badi 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
badi1. kesan buruk yg dialami oleh seseorang spt sakit (demam dsb) kerana mendekati bangkai binatang atau orang yg mati terbunuh (mengikut kepercayaan masyarakat Melayu): terkena ~ kerbau; 2. kelakuan luar biasa yg didapati pd masa dilahirkan (biasanya menyerupai sesuatu jenis binatang spt kera, anjing, dsb, mengikut kepercayaan masyarakat Melayu), kenan: budak itu mempunyai ~ kera;berbadi 1. mempunyai kelakuan yg serupa dgn, menyerupai: budak itu ~ seekor kera; 2. suka berlumba-lumba: tanamkan semangat ~ di jiwa kita utk kemajuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelak I(pélak) ark 1. sj hantu yg jahat, badi; 2. kata makian.Kamus Dewan Edisi Keempat
merembet1. menjalar, merambat (api, penyakit, percakapan, dll): perbualan itu akhirnya ~ kpd hal-hal peri­badi; sekejap sahaja api itu ~ ke estet yg berhampiran; 2. = merembet-rembet me­libat-libat yg lain, sangkut-menyangkut: perkara rasuah ini merembet-rembet me­libatkan beberapa orang pegawai tinggi;Kamus Dewan Edisi Keempat
rembet(rémbét) II; merembet 1. menjalar, merambat (api, penyakit, percakapan, dll): perbualan itu akhirnya ~ kpd hal-hal peri­badi; sekejap sahaja api itu ~ ke estet yg berhampiran; 2. = merembet-rembet me­libat-libat yg lain, sangkut-menyangkut: perkara rasuah ini merembet-rembet me­libatkan beberapa orang pegawai tinggi; merembetkan melibatkan, menyangkut (perkara dll), membawa-bawa: perbincangan kita biarlah terhad kpd soal pokok sahaja, jangan rembet-rembetkan soal peribadi.Kamus Dewan Edisi Keempat
menindas1. menghimpit (menekan) dgn kuat: ~ kutu; 2. membuat dgn sekehendak hati (dgn kejam dll) terhadap, memeras, memperkuda, menganiaya: ia menerangkan bahawa pemberi pinjaman wang dapat ~ petani-petani dgn berbagai-bagai cara; 3. menumpaskan (pemberontakan dll), mengua­sai (menghapuskan dll) dgn kekerasan, menekan: parti komunis melaksanakan ajaran-ajaran Lenin utk ~ kebebasan peri­badi; pergerakan-pergerakan utk mendapat­kan kemerdekaan bagi negeri itu ditindas oleh kerajaan penjajah;Kamus Dewan Edisi Keempat
tindas1. menghimpit (menekan) dgn kuat: ~ kutu; 2. membuat dgn sekehendak hati (dgn kejam dll) terhadap, memeras, memperkuda, menganiaya: ia menerangkan bahawa pemberi pinjaman wang dapat ~ petani-petani dgn berbagai-bagai cara; 3. menumpaskan (pemberontakan dll), mengua­sai (menghapuskan dll) dgn kekerasan, menekan: parti komunis melaksanakan ajaran-ajaran Lenin utk ~ kebebasan peri­badi; pergerakan-pergerakan utk mendapat­kan kemerdekaan bagi negeri itu ditindas oleh kerajaan penjajah; tertindas ditindas, ditekan (dikuasai) dgn kekerasan: rakyat yg lama ~ itu akhirnya menentang pemerintah penjajah; tindasan 1. hasil perbuatan menindas, tekanan; 2. tembusan atau rakaman surat (stensil dll); penindasan perbuatan menindas: dlm pemerintahan diktator kerap berlaku ~ kebebasan dan hak-hak asasi manusia; penindas orang dll yg menindas.Kamus Dewan Edisi Keempat
lekat1. = berlekat, melekat tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku, diikat, dll), tidak terlepas, menempel: maka todak pun datang, serta ia melompat ~ jongornya pd batang pisang itu; 2. mudah melekit (spt benda-benda yg bergetah, kanji, dsb); 3. = melekat ki rapat atau karib (persahabatan dll), kekal; 4. = melekat ki tidak berubah-ubah (hala pandangan dll), tetap: jangankan hampir kpd patik, memandang ~ pun ia tiada; 5. = melekat ki terpakai (pakaian dll), terkena; 6. = melekat ki tertarik kpd (hati dll), terpaut pd: hatinya ~ kpd gadis yg berbaju kurung; 7. = melekat terserap dan tidak luput, tersemat (dlm hati, ingatan): masih ~ dlm ingatan kita tentang pernah adanya anggapan sedemikian; kata-kata itu langsung tidak melekat di hatinya; 8. = melekat sah (tuduhan dll), berlaku: tuduhan membunuh yg dimajukan ke atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan; 9. = melekat ki kekal (adat dll), masih terpakai; ~ badi menyerupai sesuatu (rupa anak-anak yg baru lahir dll); ~ perut Tr mengandung, hamil; ~ uri tembuni atau uri tidak keluar (ketika bersalin); melekat lekat; melekati 1. lekat pd, melekit pd; 2. hidup pd (api dll): apabila hujung rokok itu sudah dilekati api, ia pun duduk semula di atas katil; melekatkan 1. menjadikan melekat, menam­palkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-­barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pan­dangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; terlekat melekat atau lekat pd, telah dilekat­kan: terkejutlah orang melihat gambar teman­-teman lelakinya yg ~ dlm album itu; ~ kersik buluh prb melakukan sesuatu yg sia-sia; lekatan keadaan yg melekat (di antara satu permukaan dgn permukaan yg lain); pelekat 1. sesuatu yg digunakan utk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pd sesuatu permukaan: ~ kereta.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas