bagaimana | kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bagaimana juga | bagaimanapun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bagaimana | 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bagaimana | kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~ kamu membuat kira-kira ini? | Kamus Pelajar |
kod(code) | 1. Set peraturan tertentu yang menunjukkan cara bagaimana data boleh diwakili. 2. Peraturan dan resam yang menentukan bagaimana isyarat yang mewakili data boleh dibentuk, dihantar, diterima, dan diproses dalam suatu sistem perhubungan. 3. Bentuk berlambang yang mewakili data atau suruhan atur cara komputer atau mikropemproses yang boleh diterima dan diproses oleh mesin tersebut. | Kamus Komputer |
tatabahasa(grammar) | 1. Hukum yang menyatakan bagaimana unsur dalam bahasa rekaan atau bahasa tabii perlu digabungkan untuk menjadi ayat yang bermakna. 2. Aturan yang menerangkan bagaimana pelbagai unsur dalam bahasa pengaturcaraan harus digunakan untuk membuat atur cara. | Kamus Komputer |
mengumpamakan | 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
secerdik-cerdik | bagaimana cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebodoh-bodoh | bagaimana bodoh sekalipun: ~ aku, aku tidak akan menyerah kalah begitu saja | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
betapa | 1 bagaimana; dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan? 2 sebagaimana; spt yg sepatutnya: Mereka telah dikahwinkan ~ adat orang-orang dahulukala. 3 alangkah; bukan main: ~ girangnya hatiku mendapat seorang anak, tidak dpt kuceritakan. 4 walau bagaimanapun; meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |