Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sembur1. sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut (utk mengubat penyakit dll); ~ jampi (mantera) cara mengubat penyakit dgn jampi dan sembur; 2. ki kata-kata yg kasar (dikeluarkan kerana marah dll), makian, hamun: kelasi yg kena ~ ini kembali mem-bersihkan geladak spt biasa; spt polong kena ~ prb berlari lekas-lekas kerana ketakutan; bersembur-sembur keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), berpancaran: dr belakang lehernya darah ~ keluar; bersembur-semburan saling memancarkan (air dll): mandi ~ di sungai; menyembur 1. keluar dgn memancut, me-mancar: sungai yg arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman; 2. = menyemburi mengubati (penyakit) dgn jampi dan sembur: ibu hanya disembur dgn air sirih dan jampi mantera; 3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dll) pd: ~ dinding dgn cat berwarna biru; 4. ki mengeluarkan kata-kata dgn kasar, menghamun, memaki: drpd mulut-nya ~ entah beberapa ratus perkataan yg tidak dapat difahami; sembur-menyembur saling menyembur, ber-sembur-semburan; menyemburkan 1. memancarkan atau me-mancutkan sesuatu (kunyahan sirih, air, dll) drpd mulut: sambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya; 2. memancarkan sesuatu kpd (dgn penyembur): Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya; tersembur 1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa; semburan 1. sesuatu yg terpancar (ter­pancut) keluar, pancaran: ~ halus minyak bahan api itu terbakar dgn serta-merta; 2. ki makian, marah: dgn ~ kata-kata itu, bapa berubah dr gelegar buluh ke kepala bendul; bersemburan keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), bersembur-sembur: darah ~ keluar dr rusuknya; penyemburan perbuatan menyembur(kan); penyembur 1. sesuatu (ubat-ubatan dll) yg di-semburkan; 2. alat utk menyemburkan sesuatu: ~ cat.Kamus Dewan Edisi Keempat
ubat1 sesuatu yg disapukan, dimakan atau digunakan utk menyembuhkan penyakit atau utk menyihatkan badan. 2 bahan kimia yg digunakan utk bermacam-macam maksud spt membunuh kuman, meracun serangga. 3 jampi; guna-guna; mantera. ~ batuk ubat utk menyembuhkan batuk. ~ bedil bahan ledakan utk peluru senapang, pistol dll. ~ bius ubat utk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit sewaktu menjalani pembedahan, rawatan dsb. ~ getah asid yg digunakan utk membekukan susu getah. ~ periuk ubat kampung utk orang perempuan yg baru bersalin. ~ sedut ubat mudah meruap yg biasanya diisikan dlm bekas kecil, yg disedut utk melegakan penyakit lelah, selesema dsb. ~ tidur a. ubat utk menidurkan orang yg susah hendak tidur. b. ubat bius. ubat-ubatan berbagai-bagai jenis ubat; ramuan utk membuat ubat. berubat 1 menggunakan ubat: Jika tidak mahu ~, bila akan baik sakitmu itu? 2 meminta ubat (kpd): Dia ~ kpd doktor Ramli. mengubati 1 memberikan ubat supaya sembuh penyakitnya; menyembuhkan dgn ubat: Doktor baru saja ~ emaknya. ~ penyakit kulit. 2 ki menghibur: ~ hati yg luka. mengubatkan menggunakan sesuatu sbg ubat; memakai sesuatu utk mengubati; mengubati dgn. perubatan semua perkara yg bersangkutan dgn hal berubat: ilmu ~. pengubatan perbuatan (cara dsb) mengubati. pengubat sesuatu yg digunakan utk mengubati: ~ hati penghibur hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ubat I1. benda yg digunakan (dimakan, disapu-kan, dll) utk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan: jangan makan apa-apa ~ yg lain, melainkan jika disuruh oleh doktor; ahli ~ orang yg mahir dlm (membuat) ubat; ilmu ~ pengetahuan bkn ubat; kedai ~ = rumah ~ tempat menjual ubat; 2. bahan kimia utk sesuatu atau berbagai-bagai kegunaan tertentu (sbg racun serangga dll): air mandi itu hendaklah ditapis betul-betul dan dibubuh ~ pembunuh kuman; 3. = ~ bedil = ~ pasang ark mesiu: kehabisan ~ dan peluru; 4. jampi, guna-guna, mantera; 5. bp = ~ lampu picit bateri kering (utk lampu picit dll); ~ angin ubat utk menyembuhkan penyakit masuk angin; ~ basah ki khabar yg tidak dipercayai orang; ~ batuk ubat utk menyem-buhkan batuk; ~ bedil a) peluru; b) bahan ledakan utk peluru senapang, meriam dll; ~ bius = ~ lali ubat utk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit (sewaktu men-jalani pembedahan); ~ dalam ubat yg ditelan atau dimakan; ~ getah sj cuka utk membeku-kan susu getah; ~ gigi bahan yg spt krim, biasanya berwarna putih yg digunakan semasa menggosok gigi; ~ guna sesuatu yg dijampi utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ hati pelipur hati; ~ jerih a) upah yg diberikan, dalal; b) = ~ pelerai demam buah hati, kekasih; ~ kampung ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai ramuan (berlainan drpd ubat yg diberikan oleh doktor di hospital); ~ kelat bermacam-macam ubat; ~ kuat ubat utk menguatkan badan; ~ lelah a) ubat utk meng-hilangkan lelah; b) ki upah, dalal; ~ luar ubat yg disapukan (tidak dimakan); ~ mata ubat utk menyembuhkan sakit mata; ~ nyamuk ubat utk membunuh atau menghalau nyamuk; ~ pekasih = ~ pengasih bahan berjampi dsb utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ peluru bahan ledakan utk peluru; ~ periuk ubat kampung utk perempuan yg baru lepas bersalin; ~ rumah ubat-ubat yg tersedia di rumah; ~ sedut ubat mudah meruap yg disedut utk melegakan penyakit lelah, selesema dsb; ~ tasak ubat (jampi dsb) utk menahan darah; ~ tidur a) ubat utk menidurkan orang yg susah hendak tidur; b) ubat bius; ~ jauh, penyakit hampir prb dlm kesusahan sukar mendapat pertolongan; ubat-ubatan 1. bermacam-macam ubat: ~ bomoh itu telah hilang kemanjurannya; 2. ramuan utk membuat ubat; berubat 1. memakai (menggunakan dsb) ubat: bagaimana hendak sembuh kalau tidak ~? 2. minta diubatkan (dirawati), meminta ubat kpd: pd doktor mana engkau hendak ~? 3. sudah diberi ubat, (sudah) dirawati: sesudah lama ~, baru dia sembuh; ~ hatiku ki sudah terhibur hatiku; mengubati, mengubat 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. meng-hibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; mengubatkan 1. menggunakan sesuatu sbg ubat, menggunakan sesuatu utk mengubat(i); 2. = memperubatkan menyembuhkan (meng-ubati) dgn; terubat 1. dapat diubat (disembuhkan, dipulih-kan dsb): penyakit mereka itu tidak ~; 2. ki dapat dihilangkan perasaan rindu (kecewa, marah dsb), dan berasa gembira, lega, lapang, terhibur dsb setelah memperoleh sesuatu: kerinduan pd ayah ~ sedikit apabila ibu tidak pernah jemu bercerita tentang arwah ayah; kuharapkan kesedihan ini akan ~ apabila pulang ke kampung bertemu dgn keluarga nanti; terubati sl dapat diubati, sanggup diubati: adapun penyakit kenohong ini tiada akan ~ oleh patik sekalian; ubatan jampi-jampi, guna-guna, mantera, sihir: adapun Pawang Gajah itu tahu hikmat dan ~, dan ada ia menaruh jin; orang ~ orang yg pandai menjampi (mempergunakan sihir, guna-guna, dsb): ada seorang orang ~ dapat ia menjadikan dirinya segala rupa; perubatan perihal berubat, yg berkaitan dgn ubat atau usaha mengubati: ilmu ~; jabatan ~; pakar ~; pengubatan perihal mengubati (menyem-buhkan penyakit, pesakit, dsb); balai ~ tempat mengubat orang sakit, klinik; pengubat sesuatu yg digunakan utk meng-ubat(i); ~ hati ki penghibur hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
luntur I1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): ke­azaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah (pangkat, darjat, dsb); 5. tidak mujarab lagi (mantera, jampi, dll): jampi itu sudah ~; meluntur menjadi atau mulai luntur; melunturi luntur warnanya dan kena pd (kain, baju) yg lain: kain ini dicuci terasing supaya tidak ~ yg lain; melunturkan menyebabkan luntur (berubah atau hilang warna, keyakinan, kasih sayang, dll): kain yg berwarna perang itu dilunturkan utk mendapatkan kain putih; kelunturan 1. perihal luntur: ia menampak­kan ~ dan kebelakangan pendapat yg progresif; 2. kena warna sesuatu yg luntur; pelunturan perihal melunturi atau me­lunturkan; peluntur bahan utk melunturkan kain dll; serbuk ~ sj serbuk yg digunakan utk meluntur­kan (memutihkan) kain dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
luntur1 berubah atau turun warnanya (bkn kain, cat dll): Kain batik buatan Kelantan tidak ~. tahan ~ tidak turun warnanya. 2 berubah atau bertukar (bkn keyakinan, pendirian dll). 3 menjadi kurang atau hilang (bkn kasih sayang dll): Cintanya kpd isterinya yg jujur itu tidak akan ~. 4 tidak mujarab lagi (bkn jampi, mantera dll). 5 turun atau menjadi rendah (bkn pangkat, kemegahan dll). melunturkan menyebabkan luntur (bkn warna, keyakinan, kasih sayang dll). peluntur bahan utk melunturkan warna kain dll: serbuk ~ serbuk yg digunakan utk melunturkan warna dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas