bahasa II | bahawa: saya tahu ~ ia malas; basa I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Jawi II | Melayu; ~ pekan (peranakan) orang yg berketurunan Melayu dan India; bahasa ~ bahasa Melayu; huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu; masuk ~ berkhatan, bersunat; padi ~ padi biasa (bukan pulut); tulisan ~ tulisan yg menggunakan huruf Jawi; menjawikan 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke dlm bahasa Melayu; 2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi: rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi; penjawian proses (usaha, perbuatan dsb) mengalih atau mengubah kpd tulisan Jawi: ~ cerita kanak-kanak yg terdapat dlm tulisan Rumi merupakan suatu usaha yg sangat baik utk memartabatkan tulisan Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang II | ; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Peranchis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golongan atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jahang II | bahasa yg kasar; menjahang 1. mengherdik; 2. menghamun, memaki hamun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iras II | Mn; seiras, iras-iras hampir serupa (dgn), hampir semacam atau sama (dgn): mukanya iras-iras Mussolini; mereka mempunyai bahasa sendiri iras-iras bahasa Melayu; ada iras-iras dgn hampir serupa dgn, mirip kpd; mengiras-iras menyerupai, mirip; mengiras-irasi menyama-nyamakan, membanding-bandingkan rupa orang (muka dll); keirasan sifat (ciri-ciri dsb) yg hampir serupa dgn atau mirip kpd sesuatu: ada ~ dgn konsep heroisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ungkap II | ; mengungkapkan 1. mengeluar-kan atau melahirkan isi hati dll (dgn kata-kata, air muka, gerak-geri, dll), memaparkan (perasaan hati dll): sampai di mana dia ber-hasil dlm ~ persoalan-persoalan yg meng-goncangkan kalbunya; bibit-bibit kejayaan sudah dapat dilihat melalui murid-murid yg menggunakan bahasa Melayu dgn baiknya utk ~ buah fikiran dan perasaan; 2. mengemukakan, memaparkan, menyatakan, atau menyampaikan (butir-butir): usaha menjadikan bahasa kita suatu bahasa yg moden yg boleh ~ ilmu Sains dan Teknologi yg sentiasa berkembang; terungkap dapat diungkapkan: sedangkan emosi itu memang tidak ~ oleh kata-kata dlm pemikiran kita; ungkapan 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara; pengungkapan perihal (perbuatan dsb) meng-ungkapkan: dilafazkan mengikut sebutan, intonasi, dan gaya ~ yg fasih dan lancar; pengungkap 1. orang yg mengungkapkan sesuatu: dialah yg harus menjadi pencetus dan ~ bicara itu; 2. alat atau medium yg mengungkapkan sesuatu: bahasa, sastera dan budaya sebenarnya merupakan ~ wadah pe-mikiran seluruh anggota masyarakat; bahasa ~ kebudayaan yg dominan pd zaman itu ialah Sanskrit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Baba II | 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemas II | 1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan); melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dedap | = ~ batik sj tumbuhan (pokok), Erythrina subumbrans; ~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), anting melayu, kekabu hutan, Erythropsis fulgens; ~ laut sj tumbuhan (pokok kecil), akar sergang, baru(-baru), membaru, Hibiscus tiliaceus; laksana bunga ~, merah ada berbau tidak prb orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa; dadap II.~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), anting melayu, kekabu hutan, Erythropsis fulgens; ~ laut sj tumbuhan (pokok kecil), akar sergang, baru(-baru), membaru, Hibiscus tiliaceus; laksana bunga ~, merah ada berbau tidak prb orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa; dadap II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
standard II | 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba menentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai (harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~; menstandardkan menjadikan standard (bahasa, ejaan, dsb), membakukan: usaha-usaha utk ~ bahasa Melayu telah lama dijalankan oleh DBP; penstandardan perihal menstandardkan, standardisasi, pembakuan: ~ tatabahasa bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |