Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa dalam

Puisi
 

Anak teruna menanam betik,
     Buah cempedak dalam raga;
Apalah guna berwajah cantik,
     Kalau kurang budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(34)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perbendaharaan kata(vocabulary)1. Kumpulan kod dan suruhan dalam bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk menulis atur cara. 2. Himpunan perkataan yang terdapat dalam bahasa yang boleh digunakan oleh pengguna bahasa tersebut.Kamus Komputer
pengkompil(compiler)Atur cara yang dapat menukarkan atur cara komputer dalam bahasa aras tinggi kepada atur cara komputer dalam bahasa mesin yang dapat dijalankan.Kamus Komputer
penghimpunan(assembling)1. Proses automatik yang dilakukan oleh komputer untuk menukarkan lambang dalam bahasa himpunan kepada kod mesin dalam bahasa mesin. 2. Pengumpulan data dan subrutin yang perlu digunakan dalam atur cara bagi sesuatu tugas.Kamus Komputer
bahasa pertanyaan(query language)Bahasa komputer aras tinggi yang membolehkan pengguna membuat pertanyaan kepada sistem dalam bahasa tabii atau bahasa mudah tanpa mengetahui kod perintah atau kata kunci.Kamus Komputer
penterjemahan bahasa(language translation)Penukaran kandungan fail sumber atau input langsung dalam bahasa sumber kepada satu bahasa sasaran atau lebih. Misalnya, daripada BASIC kepada Pascal.Kamus Komputer
kompil(compile)Tindakan menjanakan atur cara komputer dalam bentuk bahasa mesin yang dapat dijalankan daripada atur cara dalam bahasa aras tinggi.Kamus Komputer
penghuraian(parsing)Tindakan pemproses sesuatu bahasa pengatur cara untuk menentukan sama ada deretan aksara merupakan ayat atau kenyataan dalam bahasa pengaturcaraan tersebut. Jika benar, struktur sintaks ayat tersebut akan ditentukan mengikut nahu bahasa tersebut. Penghuraian ini memudahkan pemprosesan oleh mesin.Kamus Komputer
fasa pengkompilan(compilation phase)Tahap ketika penyusun atur cara menyusunkan atur cara sumber dalam bahasa aras tinggi menjadi bentuk bahasa mesin.Kamus Komputer
pemahaman bahasa tabii(natural language understanding)1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii amnusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU.Kamus Komputer
ESimbol yang digunakan dalam bahasa pengaturcaraan komputer aras tinggi untuk mewakili eksponen. Simbol ini digunakan dalam rangkap nombor titik terapung sebagai singkatan bagi ganda kuasa. 54E4 bermakna 54.0 X 10 ganda kuasa 4.Kamus Komputer
1234567

Kembali ke atas